Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 September 2021

Honda CBR500R 2022: Pantas, Jimat dan Menyeronokkan!

Memiliki sebuah jentera sport yang pantas, cantik, sporty dan jimat memang idaman para setiap peminat motosikal. Untuk itu, Honda Eropah memperkenalkan model terbaru jentera sport berkuasa sederhana iaitu CBR500R yang menawarkan prestasi cukup mantap, mampu milik dan paling utama, ia seronok ditunggang.

Model ini cukup popular dikalangan penunggang motosikal bawah 30 tahun kerana ia memiliki pakej yang cukup lengkap. CBR500R sesuai untuk tunggangan santai, kegunaan ke tempat kerja dan pada masa yang sama, teman yang dipercayai untuk ke laluan berselekoh.

CBR500R disempurnakan dengan enjin 471cc, sistem penyejuk cecair, kembar-parallel yang berkuasa 35kW pada 8,600rpm dan tork 43Nm pada 6,500rpm. Kelancaran hantaran kuasa serta kekuatan tork model baru ini datangnya dari sistem suntikan bahan api PGM-FI yang dikemas kini. Bahagian hadapan jentera ini dimantapkan lagi dengan penggunaan fork baru Showa Separate Function Fork Big Piston (SFFBP) jenis terbalik 41mm yang menggantikan fork asal jenis teleskopik.

Untuk jadikannya lebih ringan, CBR500R ini didatangkan dengan rim lima jejari bentuk 'Y' yang lebih ringan. Perubahan rekabentuk bahagian lengan ayun turut mengurangkan berat keseluruhan jentera ini dan ia juga membantu pengendalian lebih tepat dalam semua keadaan. Bahagian omboh telah direka semula bagi mengurangkan bunyi bising ketika berada di puratan tinggi.

Proses membrek CBR ini lebih mantap dengan penukaran saiz brek hadapan dari 320mm kepada 296mm Nissin. Brek baru yang lebih kecil ini bukan sahaja ringan tetapi juga mengurangkan tahap tekanan pada tuas brek. Penukaran gear yang tepat dan lancar datangnya dari kotak gear enam kelajuan dengan pengurusan sistem Assist/Slipper Clutch. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix 2025 pusingan 1 bakal berlangsung di litar Antarabangsa Sepang pada 19hb - 20hb April 2025.

Warta Roda

Honda Vario 160 Terima Tiga Warna Baru - Bermula RM10,198

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan tiga warna terbaru untuk Honda Vario 160 iaitu Yellow, Matte Red dan Silver.

En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

Boon Siew Honda mengalu-alukan En. Kunitomo Asano sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, menggantikan Encik Mitsuharu Funase yang telah dilantik sebagai Pengurus Besar Bahagian Lumba Motosikal di Honda Racing Corporation.

Model Baru

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

Didi Group selaku pengedar jenama ikonik di Malaysia, Vespa telah melancarkan model terbaru iaitu GTS 300 Classic untuk pasaran tempatan.