Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 3 Ogos 2021

Honda CRF250R dan CRF250RX 2022 Tawar Prestasi Lebih Mantap

Honda Eropah melancarkan model baru CRF250R dan CRF250RX yang menawarkan prestasi lebih mantap. Kedua-dua model baru ini memastikan Honda untuk terus cemerlang di dalam semua jenis perlumbaan dan keadaan dengan memiliki tahap konsistensi yang mengagumkan. Honda CRF250R dan CRF250RX mewarisi rekaan dan sifat model sang juara, CRF450R 2021 yang dapat dilihat cukup jelas khususnya di bahagian kerangka.

Bahagian kepala silinder telah direka semula manakala sistem kemasukan udara dan ekzos turut dipertingkatkan untuk menambahbaik hantaran kuasa diperingkat rendah, pertengahan dan kemuncak sebanyak 10%.

HONDA CRF250R
HONDA CRF250R
HONDA CRF250R
HONDA CRF250R

Sistem saspensi pasangan CRF ini juga dilengkapi dengan injap baru yang dapat menyerap segala hentakan dengan baik agar jentera ini mudah dikawal. Plat klac baru direka ia lebih berdaya tahan untuk tunggangan berterusan.

Rekabentuk luaran juga kini lebih ringan dengan penjimatan berat keseluruhan sebanyak tiga kilomter berbanding model sebelumnya. Dengan menggunakan Computational Flow Dynamics, pelitup radiator kni dibuat daripada sekeping plastik dan dilengkapkan dengan ventilasi baru untuk pengaliran udara lebih baik.

Pelana untuk model-model ini juga lebih pendek dan ringan manakala bahagian belakang juga direndahkan 10mm agar pergerakan lebih kemas dan meyakinkan. Pemetaan sistem ECU suntikan bahan api telah dikemaskini agar lebih sesuai untuk tunggangan enduro.

Model CRF250RX juga disempurnakan dengan tangki plastik 8 liter manakala model CRF250R dpula menggunakan tangki titanium 6 liter. Tongkang sisi dibuat daripada aluminium bertempa dan model RX hadir dengan pelindung tangan sebagai alatan standard.

HONDA CRF50F (kiri)

HONDA CRF110F
HONDA CRF110F

Selain pasangan ini, turut diberi nafas baru ialah ahli keluarga CRF lain seperti CRF150R, CRF125F, CRF110F dan CRF50F termasuklah CRF450R serta CRF450RX yang tampil dengan warna merah serba baru. RR

Isu Pada

September 2021

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

Warta Roda

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung negara, termasuk dari Perlis.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.