Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Jun 2015

Suzuki Address Comel dan Berkuasa!

Jika berbicara mengenai dunia skuter, Suzuki merupakan jenama paling awal memperkenalkan model-model automatik di pasaran negara. Siapa tidak kenal model V100 dan model paling popular V125 yang pernah 'bermaharajalela' di jalanan seluruh Malaysia suatu ketika lalu.

En. Toru Kobayashi (Pengarah Urusan) dan En. Kamal Hisham Hj. Kamaludin (Pengurus Kanan Produksi) melancarkan model terbaru Suzuki Address.

Tahun lalu, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd telah mencapai penjualan yang cukup membanggakan menerusi model Nex yang berjaya dijual kira-kira 3,000 unit. Maka untuk terus menawarkan produk-produk terkini buat pencinta skuter, lahirlah Suzuki Address yang dijangkakan bakal mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran.

En. Sam Lee turut mencuba model baru ini.
En. Sam Lee turut mencuba model baru ini.

Address merupakan model skuter pertama Suzuki yang dilengkapi dengan sistem pancitan bahan api termaju yang menawarkan kuasa pecutan yang mengagumkan disamping penjimatan bahan api yang cukup ekonomi. Ruang barang atau 'kotak utiliti' yang bersaiz 20.6 liter pasti memudahkan para pemiliknya menyimpan pelbagai jenis barangan manakala papan lantai yang luas turut memberi keselesaan terutama buat mereka yang ingin pulang ke kampung.

“Walaupun jumlah pengeluaran keseluruhan motosikal pada tahun lalu sedikit susut pada tahun lalu, Suzuki masih menguasai pasaran skuter sebanyak 7.5 peratus dan pastinya nilai ini akan meningkat dengan pengenalan Address ini. Seperti model-model skuter keluaran Suzuki, Address adalah sebuah jentera anggun yang cukup sesuai untuk semua jenis penunggang tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Sistem pancitan bahan apinya yang cemerlang mampu membawa jentera ini bergerak lebih daripada 250 kilometer dengan mudah sekali,” komen En. Toru Kobayashi, Pengarah Urusan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd.

Suzuki Assemblers Sdn Bhd menyasarkan penjualan sebanyak 6,000 unit untuk model Address ini. Harga asas (tidak termasuk GST) ialah RM4,788 dengan dua warna pilihan iaitu Merah Celebration dan Biru Metallic Medium. RR

Isu Pada

Jun 2015

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.