Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Jun 2021

MV Agusta F3 Rosso 2021 Baru

MV Agusta F3 merupakan model terkini yang membarisi versi ‘Rosso’ untuk tahun 2021. Model supersport ini telah dikemaskini dalam pelbagai aspek demi kepuasan buat para peminat jentera dua roda di serata dunia.

F3 Rosso baru ini dilengkapkan dengan enjin tiga silinder 798cc Euro 5 yang lebih lancar dengan mengurangkan tahap geseran di bahagian dalaman. Enjin model ini juga disempurnakan dengan bearing utama, rod, penyuntik dan counter shaft yang direka semula manakala injap masih kekal menggunakan titanium.

Sistem ekzos juga diberi nafas baru untuk hantaran kuasa lebih efisien dalam semua kelajuan. Selain itu, ECU firmware juga telah dikemaskini agar pengurusan enjin lebih tepat. Radiator Rosso 3 ini juga baru yang menambahbaik tahap sejukan.

Sistem Quick-Shift EAS 3.0 dengan generasi 3 dengan sensor terkini menawarkan tahap penukaran gear yang lebih lembut, tepat dan lancar. Enjin 798cc yang dimiliki oleh jentera sport ini mampu menghasilkan kuasa setinggi 147hp pada 13,000rpm dan tork 88Nm pada 10,100rpm. Ia juga boleh dipecut pada kelajuan tertinggi 240km/j. Cuma terdapat satu warna sahaja untuk model ini iaitu Ago Red. RR

Ciri-ciri menarik MV Agusta Rosso 3:

  • Enjin Euro 5 bergeseran lebih rendah
  • Penyuntik bertekanan tinggi
  • Sistem ekzos rekaan semula
  • Sistem ABS dengan fungsi belokan
  • Sistem traction control
  • Sistem komunikasi MV Ride Application
  • Sistem Front Lift Control
Isu Pada

Julai 2021

Popular

  • Model Baru

    Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

  • Dari Litar

    Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

  • En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

  • Dari Litar

    Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

  • Warta Roda

    Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Artikel berkaitan

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Akuarium menggelegak, kereta dan motosikal cair akibat bahang panas melampau susulan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya beberapa hari lalu yang diibaratkan sangat menakutkan, ibarat mimpi buruk kepada penduduk terlibat.

Dari Litar

Marquez Jatuh...Pecco Raih Juara

Hasrat pelumba pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez untuk mencipta kemenangan sermpurna di Litar Americas tidak kesampaian apabila terbabas pada lap ke-9 walaupun ketika itu sedang mendahului perlumbaan dengan agak selesa. Terdahulu, Marc telah membuktikan dominasinya apabila meraih kemenangan dalam saingan Sprint tanpa sebarang masalah.

Model Baru

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya memperkenalkan skuter adventure generasi terbaru untuk pasaran negara iaitu Honda X-ADV 750 2025.

Model Baru

BMW Motorrad Malaysia Umum Harga Rasmi R 12 Baru - RM119,500

BMW Motorrad secara rasminya mengumumkan harga untuk model Heritage mereka iaitu BMW R 12.