Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Jun 2021

Aprilia Tuono 660 Masuki Pasaran Negara – RM77,900

Didi Resources Sdn Bhd selaku pengedar sah jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Aprilia Tuono 660. Jentera yang didatangkan dengan enjin bersesaran 660cc, parallel twin dan sistem penyejuk cecair ini merupakan versi jentera naked yang kecil untuk Aprilia Tuono V4 1100.

Menerusi rekabentuk keseluruhan, model ini dibangunkan berasaskan siri keluarga Tuono yang menampilkan gaya bentuk agresif, sporty dan aerodinamik. Di bahagian hadapan, Aprilia Tuono 660 dilengkapi dengan lampu utama jenis LED dan sepasang lampu Daytime Running Lights (DRL).

Aprilia Tuono 660 memiliki berat 183kg. Manakala kerangka dan lengan ayunnya pula diperbuat daripada aluminium. Model ini menggunakan sistem saspensi daripada Kayaba yang menawarkan pengendalian cukup selesa. Ketinggian bar hendalnya sekaligus memberikan kawalan yang baik, responsif dan lincah.

Sama seperti model RS660, Aprilia Tuono 660 dilengkapi dengan sistem kawalan elektornik APRC yang merangkumi beberapa tahap seperti, Multi-level Traction Control, Wheelie Control, Cruise Control, Engine Brake dan Engine Maps serta sistem brek anti-kunci (ABS).

Kesemua sistem kalawan elektronik tersebut boleh dibuat menerusi paparan meter TFT penuh. Terdapat lima mod tunggangan yang ada pada jentera ini. Tiga daripadanya sesuai untuk kegunaan di atas jalan manakala dua yang lain untuk kegunaan dalam litar.

Kepada mereka yang berminat, Aprilia Tuono 660 boleh didapati pada harga RM77,900. Untuk pasaran Malaysia, model ini hanya ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu Concept Black. RR

Isu Pada

Julai 2021

Popular

  • Model Baru

    Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

  • Dari Litar

    Nama baru pasukan 'Honda Racing Malaysia' Sedia Menggalas Cabaran!

  • En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEO Baru Boon Siew Honda

  • Dari Litar

    Adakah Toprak Mampu Mendominasi Saingan WSBK Lagi?

  • Warta Roda

    Kebakaran Saluran Gas: Kenderaan Cair, Akuarium Menggelegak....

Artikel berkaitan

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Disyorkan untuk anda
Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.

Warta Roda

Seorang maut, tujuh lagi cedera kemalangan motosikal

Sebanyak 10 motosikal dan sebuah treler terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 221.5, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan awal pagi Sabtu lalu yang mengakibatkan seorang remaja maut manakala tujuh lagi cedera.

Warta Roda

MODENAS Lancar Kempen 'Mai Servis Motor Sambut Raya'

Bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, MODENAS telah melancarkan kempen "Mai Servis Motor Sambut Raya'.

Warta Roda

Nahas Dua Motosikal Dirempuh Kereta, Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan tiga buah kenderaan yang melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta