Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Mei 2015

HARLEY DAVIDSON STREET 750 'HOT BIKE' TERBARU

Naza Prestige Bike Sdn Bhd, telah memperkenalkan model terbaru Harley Davidson Street 750 pada 15 April lalu dan dengan pengenalan ini dijangkakan mampu melonjak jumlah jualan keseluruhan model-model Harley sebanyak 25%. Perasmian model ini telah disempurnakan oleh En. Juan Chow Wee, Timbalan Presiden Bahagian Two Wheel, Kumpulan Naza World dan ditemani oleh En. Azmi Daud Sharman, Ketua Syarikat Naza Prestige Bikes Sdn Bhd.

Dari kiri: En. Afiq Iskandar, En. Azmi Daud Sharman, En. Juan Chow Wee, Ms. Elizabeth Tan, En. David Hector Ratnaike & En. Suhardi Pewira Negara di majlis pelancaran Harley Street 750.
Dari kiri: En. Afiq Iskandar, En. Azmi Daud Sharman, En. Juan Chow Wee, Ms. Elizabeth Tan, En. David Hector Ratnaike & En. Suhardi Pewira Negara di majlis pelancaran Harley Street 750.

Tidak seperti model-model Harley Davidson yang diperkenalkan sebelum ini yang rata-rata bernilai sangat tinggi, model Street 750 ini ditawarkan pada harga RM62,888 (termasuk GST) – sememangnya bakal menerima sambutan hangat di kalangan para pencinta motosikal-motosikal cruiser. Street 750 menawarkan rupabentuk yang lebih ramping, casis cukup tegar, pelana rendah, bar hendal yang lebar dan sistem saspensi baru yang menawarkan pengendalian yang mudah walaupun ketika menunggang di dalam bandar. Ia adalah pilihan yang sesuai untuk kelihatan bergaya di kawasan urban.

Model ini menawarkan enjin serba baru yang dikenali dengan nama Revolution X, direka untuk disesuaikan dengan permintaan para pelanggan yang mahukan sebuah jentera tangkas dan respon pendikit yang cukup tepat. Selain kemantapan prestasi enjin v kembar dengan sistem penyejuk cecair yang cukup hebat, Harley yang terkenal sebagai pengeluar ikonik jentera cruiser terus mengekalkan identiti mereka iaitu rekabentuk penuh gaya dan bunyi ekzos yang padu.

Untuk menjadikan gaya hidup lebih menarik, Harley Davidson Malaysia turut memperkenalkan Custom Garage yang menawarkan perkhidmatan pengubahsuaian pada model-model Street 750 pada harga-harga yang istimewa. Tujuannya ialah untuk 'melahirkan' sebuah jentera yang menunjukkan identiti seseorang pemilik itu. Turut hadir memeriahkan majlis pada hari itu ialah En. Afiq Iskandar, pengasas Tarik Jeans, jenama pakaian denim dari Malaysia yang mempamerkan idea ciptaannya untuk dilengkapkan pada jentera Street 750 berpandukan konsep asal Tarik Jeans.

Elizabeth Tan, selebriti YouTube bersama Street 750 custom.
Elizabeth Tan, selebriti YouTube bersama Street 750 custom.

Street 750 ini menawarkan kuasa maksimum setinggi 56hp pada 8,000rpm dan tork 59Nm pada 4,000rpm yang pastinya memberikan pecutan dan tunggangan yang hebat. Didatangkan dengan waranti selama 3 tahun atau jarak perjalanan 80,000km (yang mana tiba dahulu) dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam Vivid, Hitam Denim dan Merah Fire. RR

Isu Pada

Mei 2015

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.