Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Mei 2015

Pelancaran Antarabangsa MV AGUSTA TURISMO VELOCE 800 Di Perancis

Setelah lebih daripada satu tahun ianya diperkenalkan (di EICMA 2013), MV Agusta kini melancarkan model terbarunya, Turismo Veloce 800. Acara pelancaran ini diadakan di Saint-Jean Cap-Ferrat, sebuah semenanjung yang terletak di antara bandaraya Nice di Perancis dan Kerajaan (kecil) Monaco. Kawasan yang mengandungi Nice, Saint-Jean Cap-Ferrat dan Monaco ini juga dikenali sebagai Cote d’Azur atau French Riviera.

Wakil RR, Dr. Yusseri di St. Jean Cap Ferrat, Perancis.
Wakil RR, Dr. Yusseri di St. Jean Cap Ferrat, Perancis.

Dikeluarkan dengan dua varian, iaitu Turismo Veloce 800 dan Turismo Veloce Lusso 800, motosikal ini dilengkapi dengan enjin 3 silinder baru didasarkan dari enjin yang digunakan untuk model-model sebelumnya, iaitu Rivale, dan Brutale. Akan tetapi, kuasa kuda maksimanya diturunkan kepada 110hp, manakala torknya pula 15% lebih tinggi.
Menurut MV Agusta, Turismo Veloce 800 ini telah menjalani pembangunan selama setahun dan diuji lebih daripada 100,000 kilometer sebelum ianya dianggap bersedia untuk dilancarkan di peringkat antarabangsa.

Model Turismo Veloce ini adalah model ‘touring’ atau kembara pertama yang dikeluarkan oleh MV Agusta. Ia menampilkan posisi duduk tegak, seperti yang dipopularkan oleh model-model dual-purpose daripada pengeluar-pengeluar lain. Ia juga mempunyai profil tork yang lebih datar, serta ditumpukan dalam julat RPM yang paling sering digunakan. Digandingkan pula dengan keringanannya, dan juga skrin pengadang angin yang boleh dilaraskan, MV Agusta menganggap Turismo Veloce ini sebagai pelopor terbaru dalam kategori motosikal kembara middleweight.

Untuk pelancaran antarabangsa ini, penulis dan wartawan dari negara-negara yang mengimport masuk jenama MV Agusta ini telah dijemput ke semenanjung Cap Ferrat ini untuk mengadakan pandu uji singkat sejauh 220km, dari hotel mewah Grand Hotel du Cap Ferrat, hingga ke pergunungan French Alps, di mana terletak satu hotel peranginan dan padang golf bernama Chateau de Taulane.

Maka pembaca yang disayangi terpaksalah menjamu mata dahulu dengan ‘pratonton’ yang diberikan ini. Sila ikuti laporan pandu uji yang lebih menyeluruh pada isu hadapan. RR

Isu Pada

Mei 2015

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, jam pukul 10.15 pagi semalam.

Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.