Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 23 Ogos 2020

Aprilia RSV4X Hanya 10 Unit Di Dunia

Model ini diperkenalkan pada bulan Mac 2019 yang lalu di litar perlumbaan Mugello bersempena dengan pesta Aprilia All Stars yang disertai lebih daripada 10,000 pencinta motosikal. Model yang cukup mantap ini dibangunkan oleh Aprilia Racing berasaskan model RSV4 1100 dan hanya terdapat 10 unit sahaja di dunia.

Dari kiri: Max Biaggi, Nicola Capello & En. C.W Juan bersama jentera Aprilia RSV4X.
Dari kiri: Max Biaggi, Nicola Capello & En. C.W Juan bersama jentera Aprilia RSV4X.

Ia adalah sebuah jentera yang direka eksklusif untuk kegunaan litar dan ditawarkan pada harga Euro39,900. Selepas tawaran pesanan dibuka di laman web factoryworks.aprilia.com, model terulung RSV4 X telah habis dijual. Kesemua 10 orang pemilik jentera ini turut diberi keistimewaan untuk mengambil jentera masing-masing terus dari bahagian perlumbaan Aprilia Racing.


Pada awal Januari lalu, Didi Resources Sdn Bhd yang selaku pengedar rasmi jenama ini dengan bangganya telah mempertontonkan model yang cukup mantap ini di Malaysia dan merupakan penampilan pertama di rantau Asia. Model ini dibina oleh Aprilia Racing bersempena dengan ulang tahun model RSV4 yang ke-10 dan mampu menghasilkan kuasa pada 225hp dengan berat hanya 165kg. RSV4 X turut dilengkapi dengan kotak gear khas yang digelar sebagai sistem ANN ( Aprilia No Neutral).

Sistem ini meletakkan gear neutral di bawah gear 1 yang akan membolehkan proses penambahan gear dapat dilakukan dengan lebih pantas tanpa tersilap. Ini adalah solusi dari pengalaman Aprilia dalam dunia perlumbaan WSBK dan MotoGP yang kini dapat dinikmati oleh para penunggang biasa.

Untuk jadikan lebih menarik, bekas juara dunia dan lagenda motosikal, Max Biaggi hadir di majlis pelancaran model ini dan beliau sendiri merupakan salah seorang pemiliknya. Max Biaggi turut mempamerkan kemampuan sebenar RSV4 X di Litar Antarabangsa Sepang pada minggu yang sama.


Majlis pada malam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran para pemilik Aprilia yang tidak melepaskan peluang untuk melihat dan bergambar kenangan dengan jentera yang benar-benar mengagumkan itu. RR

Isu Pada

Februari 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Model Baru

Scrambler Ducati Edisi 10° Anniversario Rizoma

Bersempena dengan ulang tahun ke-10 jentera Scrambler, Ducati telah berkolaborasi dengan pengeluar aksesori motosikal Rizoma untuk memperkenalkan Scrambler Ducati 10° Anniversario Rizoma Edition.