Ducati Hypermotard 950 Dinaiktaraf, Warna Baru Untuk Varian SP
GLOBAL - Sebagai model untuk tahun 2022, Ducati telah memperkenalkan tiga varian Ducati Hypermotard 950 yang dikemaskini dan mematuhi piawaian Euro 5. Barisan model-model tersebut terdiri daripada Hypermotard 950, Hypermotard 950 RVE dan Hypermotard 950 SP. Model-model ini akan berada di pasaran Eropah tidak lama lagi.
Ketiga-tiga model ini dipadankan dengan enjin Ducati Testastretta dua silinder, 937cc yang menawarkan kuasa hantaran 114hp pada 9,000rpm dan tork 9.8kgm pada 7,250rpm. Sama seperti model Monster dan Supersport 950, sistem transmisi 6-kelajuan pada Ducati Hypermotard 950 ini telah ditala semula supaya penunggang dapat menukar kedudukan gear kepada gear Neutral (N) dengan mudah.
Ducati Hypermotard 950 SP tampak lebih mantap dengan warna grafik baru yang diinspirasikan daripada warna jentera Ducati dalam perlumbaan MotoGP. Sebagai varian tertinggi dalam barisannya, model ini turut diperkemaskan dengan penggunaan saspensi Öhlins, rim Marchesini dan sistem Ducati Quick Shift (DQS) Up and Down EVO. RR
Popular