Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 19 Mei 2021

Yamaha YZF-R7 Diperkenalkan Untuk Pasaran Eropah

Buat penggemar jentera supersport di seluruh dunia, Yamaha secara rasminya telah memperkenalkan sebuah jentera supersport terbaru mereka iaitu Yamaha YZF-R7 2022 untuk pasaran Eropah.

 Icon Blue
Icon Blue

Menerusi rekabentuknya, model ini kelihatan lebih mantap, sporty dan agresif yang hadir dengan gaya rekaan dalam keluarga R-Series. Rupabentuk hadapan dilengkapi dengan lampu utama LED tunggal yang diletakkan di bahagian tengah dan dua lampu DRL berkembar di bahagian sisinya.

Yamaha Black
Yamaha Black

Sama seperti Yamaha MT-07 2021, jentera ini jana dengan enjin CP2 yang bersesaran 689cc, dua silinder, DOHC, dengan sistem penyejuk cecair yang terbukti berkuasa. Hasilnya enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 73.4PS (54kW) pada 8,750rpm manakala torknya pula 67Nm pada 6,500rpm. Model yang mematuhi piawaian Euro5 ini juga turut dilengkapi sistem Assist & Slipper Clutch yang pertama ditawarkan pada jentera CP2.

Untuk tunggangan yang mantap di jalan raya mahupun dalam litar, R7 menggunakan saspensi hadapan jenis fork USD KYB boleh laras 41mm. Manakala saspensi belakang menggunakan penyerap hentak monocross rekaan baharu. Rim-rim aloi pada model ini disaluti dengan tayar-tayar bersaiz 120/70ZR17 (hadapan) dan 180/55ZR17 (belakang) untuk tunggangan yang lincah.

Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan:

  • Sistem Quick Shifter (Optional)
  • Brek cakera berkembar 298mm (depan)
  • Brek cakera tunggal 245mm (belakang)
  • Sistem ABS dwi-saluran
  • Paparan meter LCD penuh
  • Berat basah 188kg
  • Tinggi pelana 835mm
  • Tangki bahan api 13 liter
  • Lampu belakang LED
  • Bar hendal jenis clip-on

Yamaha R7 didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Icon Blue dan Yamaha Black. Menurut pihak Yamaha, model ini dikatakan akan berada di pasaran Eropah bermula bulan oktober 2021 sebagai model untuk tahun 2022. Adakah model ini akan masuki pasaran Malaysia? Kita nantikannya. RR

Isu Pada

Julai 2021

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

Bermodalkan RM700, seorang pesara guru mengubah suai motosikalnya sebagai pe­ngangkut sampah dan me­lakukan kerja-kerja mengutip sampah secara sukarela di Kampung Lanai, di sini.

Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.