Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 April 2021

Honda CBR600RR Masuki Pasaran Malaysia - RM98,888

Segmen jentera sportbike middleweight semakin rancak dengan pengenalan model terbaru dari Boon Siew Honda (BSH) iaitu Honda CBR600RR 2021. Seperti yang dilihat, rekabentuk keseluruhan pada model baru ini telah dicipta berasakan daripada model Honda CBR1000RR-R Fireblade.

Jentera ini didatangkan dengan enjin bersesaran 599cc, 4 silinder, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Ternyata CBR600RR menawarkan kuasa pecutan yang cukup mantap kerana model ini miliki kuasa maksimum 89kW pada 14,000rpm dan tork 63Nm pada 11,500rpm. Model ini juga turut dipadankan transmisi 6 kelajuan dengan sistem Quick Shifter serta klac Assist/Slipper.

CBR600RR dilengkapi dengan sensor Inertial Measurement Unit (IMU) untuk mengesan sudut posisi jentera. Sistem ini akan bekerjasama dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Engine Control Unit (ECU) agar tayar belakang tidak mudah tergelincir ketika membuat pecutan atau membelok.

Antara sistem elektronik yang dipadankan pada CBR600 ini ialah mod tunggangan (Fast Riding, Fun Riding & Comfortable Riding), Power Mode (5 tahap), HSTC (9 tahap + off), wheelie control (3 tahap + off), Engine Brake (3 tahap) serta Honda Electronic Steering Damper (HESD) boleh laras dengan tiga mod, Hard, Medium dan Soft.

Penampilan di bahagian hadapan diserlahkan lagi dengan penggunaan dwi lampu utama LED rekaan tirus yang agresif, winglet dan ruang laluan udara di tengah. Turut terdapat Emergency Stop Signal (ESS) dimana lampu kecemasan ini akan aktif secara automatik apabila membrek secara mengejut. Antara kelengkapan lain yang ada seperti paparan meter TFT, brek-brek cakera, sistem ABS, saspensi hadapan USD, sistem suntikan bahan api PGM-FI, berat 194kg dan tangki bahan api 18 liter.

CBR600RR boleh didapati pada harga RM98,888 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Model ini hadir dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Grand Prix Red. RR

Isu Pada

Jun 2021

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Disyorkan untuk anda
Model Baru

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 dijangka dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei 2025 harganya pula dijangka bawah RM30k.

Warta Roda

Motosikal dihanyut banjir. Mujur mangsa selamat.

Seorang peneroka melalui pengalaman cemas apabila motosikal ditunggangnya terbalik dibawa arus ketika cuba meredah laluan dinaiki banjir di Felda Air Tawar 3 di sini.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Warta Roda

Honda CBR150R Hadir Dengan Warna Serba Baru!

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda CBR150R dengan skema warna baharu lebih menarik. Warna serba menawan ini adalah inspirasi daripada DNA Honda Racing ikonik seperti mana yang dilihat pada model lagenda CBR1000RR-R, CBR650R dan CBR250RR.