Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 April 2021

MV Agusta Superveloce 2021, Kini Hadir Dengan Varian 'S' Baru

MV Agusta terus menarik minat para pencinta motosikal di seluruh dunia dengan memperkenalkan model Superveloce 2021 yang kini hadir bersama versi 'S' yang cukup istimewa. Model yang terkenal sebagai jentera trendsetter iaitu gabungan enjin berteknologi tinggi dengan rekabentuk modern-classic yang anggun.

Superveloce merupakan satu-satunya jentera 'racing classic' dan retro yang berada di pasaran dan membuktikan kemampuan MV Agusta untuk melahirkan jentera yang unik dan mengagumkan. Model tahun 2021 menawarkan beberapa peningkatan dan pembaharuan dari setiap aspek seperti casis, enjin, kotak gear dan sistem elektronik demi kepuasan para pemiliknya.

Walaupun enjin 798cc, DOHC, sistem penyejuk cecair yang dimiliki oleh model ini masih berkuasa 147hp, tetapi ia kini berpiawaian Euro 5. Untuk kawalan lebih sempurna dan kuasa hantaran yang lebih lancar, sistem ekzos MV ini juga direka semula dari bahagian manifol hinggalah ke peredam. Peranti ECU juga telah dikemaskini yang akan memberikan tindak balas pendikit lebih tepat.

Superveloce S
Superveloce S

Senibina casis Superveloce baru ini telah dinaik taraf dengan rekaan semula plat kerangka. Sistem Quick-Shift EAS 3.0 generasi ketiga dipasangkan pada jentera ini, hasilnya...penukaran gear akan dapat dilakukan dengan lebih tepat, lembut dan lancar. Superveloce baru ini didatangkan dengan panel meter TFT berwarna dengan saiz 5.5”.

Antara ciri-ciri terbaru yang ditawarkan oleh MV Agusta Superveloce 2021 ialah:

  • enjin rendah geseran, berpiawaian Euro 5
  • sistem penyuktik bertekanan tinggi
  • ekzos yang direka semula
  • sistem Launch Control (LC) dan Front Lift Control (FLC) baru
  • Plat kerangka baru
  • sensor quick-shift baru
  • talaan fork hadapan baru
  • span pelana baru untuk lebih selesa
  • GPS, cruise control dan sistem bluetooth

Superveloce S dipermantapkan lagi dengan beberapa penambahan yang jauh lebih mewah seperti rim berjejari emas, sistem ekzos rekaan baru, sistem ABS baru, pelana Alcantara, panel meter TFT, warna putih serba baru, dan beberapa komponen enjin lain. RR

Isu Pada

Jun 2021

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

MotoGP 2025 (Qatar): Minggu Sempurna Buat Marc Marquez!

Sejak di sesi latihan bebas, jentera bernombor '93' sentiasa mendapatkan rentak yang luar biasa, catatan masa terpantas, diikuti dengan kedudukan petak pertama, menang perlumbaan Sprint Test dan mengakhiri GP Qatar juga sebagai Sang Juara.

Warta Roda

Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Triumph Motorcycle Malaysia menyerahkan Triumph Tiger Sport 800 (2025) kepada para pembeli terawal.

Warta Roda

Polis mula siasat kes pukul penunggang motosikal

Polis sedang menjalankan siasatan melibatkan insiden seorang penunggang motosikal dipukul penunggang lain di persimpangan lampu isyarat di Tampoi, di sini kelmarin.

Kembara

TM Bikers Jelajah Turkiye 2024!

Pada 6hb September 2024, 10.00pm, seramai 47 Peserta TM Bikers Turkiye Ride telah berkumpul bersama sanak keluarga yang datang mengiringi di KLIA 1.