Harley-Davidson Lancar Model Baru 2021 Ke Pasaran Negara
Harley-Davidson Malaysia telah melancarkan tiga model baharu ke pasaran negara iaitu H-D Low Rider S, H-D Softail Standard dan H-D Street Bob dengan menawarkan prestasi enjin mantap, teknologi moden, rekabentuk mewah dan harga yang cukup menarik.
Harley-Davidson Street Bob diasaskan daripada model cruiser Fat Boy 114. Ia menggabungkan kuasa enjin berprestasi tinggi dengan gaya asli motosikal cruiser Amerika. Model baru ini disempurnakan dengan enjin Milwaukee-Eight 114 1,868cc berkuasa 119ft-lb pada 3,000rpm dan merupakan model Softail paling ringan. Street Bob dijual pada harga RM101,900.
H-D Low Rider S dan Softail Standard juga hadir ke pasaran dengan harga yang bermula dari RM89,900 (Softail Standard) dan RM106,900. Model Low Rider S dihasil menggunakan kerangka H-D Softail yang telah dipertingkatkan menerusi penukaran talaan di komponen sistem saspensi untuk prestasi lebih unggul di setiap perjalanan. H-D Low Rider S didatangkan dengan enjin Milwaukee-Eight 114 1,868cc yang memiliki kuasa tork 155Nm pada 3,250rpm. Rupabentuknya yang agresif dan elegan dengan kemasan lampu-lampu LED, meter digital model serta rupabentuk penuh gaya mempertontonkan kemantapan jenama ini.
Antara model-model lain yang telah dikemaskini untuk tahun 2021 ialah beberapa versi pengembaraan seperti H-D Road King Special, H-D Glide Special dan H-D Street Glide Special yang dijual pada harga bermula dari RM129,900.
Menurut pihak Harley-Davidson Malaysia, model adventure touring pertama dari H-D iaitu Pan America yang dilancarkan secara global pada bulan lalu dijangka akan memasuki pasaran negara pada Jun 2021. Pan America ditawarkan dalam dua varian iaitu Pan America 1250 dan Pan America 1250 Special yang boleh dimiliki pada harga dari RM99,900.
Harley-Davidson Malaysia juga bakal menganjurkan Rumah Terbuka 2021 bermula 27-28hb Mac 2021 yang memberi peluang kepada para pencinta motosikal khususnya H-D untuk melihat dengan lebih dekat model-model yang ditawarkan. Dapatkan info lebih lanjut di http://h-d.com/dealerlocator. RR
Popular