Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 24 Mac 2021

Modenas Pulsar RS200 Tampil Dengan Warna & Rekabentuk Grafik Baru

Pertama kali model ini dilancarkan iaitu pada Mei 2017. Sejak dari itu, jentera tersebut telah mendapat sambutan yang baik dan merupakan jentera 200cc mampu milik. Baru-baru ini, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah memperkenalkan warna dan rekabentuk grafik baru untuk model “street bike” Modenas Pulsar RS200.

Modenas Pulsar RS200 dijana enjin DTS-i silinder tunggal, 4 lejang, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model yang bersesaran 199.5cc ini mampu menawarkan kuasa maksimum 24.5PS pada 9,750rpm dan tork 18.6Nm pada 8,000rpm. RS200 juga memiliki sistem ABS di hadapan yang menggunakan brek cakera 300mm (depan) dan 230mm (belakang).

RS200 tampil dengan rim aloi bewarna putih, kemasan karbon di hadapan dan fender belakang serta terdapat logo Pulsar di bahagian tempat duduk. Antara kelengkapan lain seperti saspensi hadapan jenis fork teleskopik, penyerap hentak tunggal Nitrox (belakang), lampu hadapan jenis projektor berkembar, berat 165kg dan tangki bahan api 13 liter.

Model ini didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Pearl Metallic White, Pewter Grey dan Burnt Red pada harga RM9,990 (tanpa insurans dan cukai jalan) beserta dengan waranti selama 2 tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). RS200 akan berada di semua wakil pengendar MODENAS yang sah bermula 26 Mac 2021. RR

Isu Pada

Mei 2021

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.