Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Mac 2021

Yamaha Y16ZR Dengan VVA! Ditawarkan Pada Harga RM10,888

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) melangkah ke tahun 2021 penuh bergaya dengan pelancaran model moped terbaru mereka iaitu Yamaha Y16ZR. Model baru ini dibina berasaskan DNA Yamaha yang merangkumi Prestasi, Gaya dan Inovasi.

Y16ZR dikuasakan oleh enjin serba baru iaitu 155cc, silinder tunggal, 4 lejang, SOHC, sistem penyejuk cecair dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation). Model yang menggunakan sistem suntikan bahan api ini mampu menawarkan kuasa maksimum 13.2kW (17.7hp) pada 9,500rpm manakala tork pula 14.4Nm pada 8,000rpm. Proses pecutan yang sempurna ternyata dibantu oleh sistem klac jenis Assist & Slipper.

Model ini turut dilengkapi dengan penggunaan kerangka jenis Backbone lebih ringan yang menjanjikan prestasi tunggangan mantap semasa memecut atau mengambil selekoh. Menurut pihak HLYM, Y16ZR mampu menawarkan jarak perjalanan maksimum 256 kilometer dengan isi tangki penuh 5.4 liter mengikut jenis gaya tunggangan.

Selain itu, Y16ZR tampak lebih agresif dengan penampilan rekabentuk serba baru. Lampu utamanya menggunakan lampu jenis LED dan DRL di fairing hadapan. Rekabentuk belakang tampil lebih bergaya, ramping dan runcing dengan rekaan lampu belakang LED yang diinspirasikan daripada Yamaha YZF-R1. Paparan meter digitalnya memaparkan segala info penting yang diperlukan setiap penunggang.

Antara ciri-ciri lain yang ada pada jentera ini ialah brek-brek jenis cakera, rekaan pelana anti-gelincir yang ergonomik, soket pengecas USB 12V DC, sistem kunci pintar, berat 119kg, fork teleskopik, penyerap hentak tunggal dan tinggi pelana 795mm.

Yamaha Y16ZR boleh dimiliki pada harga RM10,888 (tanpa insurans & pendaftaran) dalam tiga pilihan warna iaitu Phantom Grey, Arrow Blue dan Raging Yellow. Istimewa buat 5,000 pembeli pertama, pemilik jentera tersebut akan menerima rantai kunci yang ditempah khas di Royal Selangor. Model ini akan berada di semua pengedar sah jentera Yamaha bermula 31 Mac 2021. RR

Isu Pada

Mei 2021

Popular

  • Model Baru

    Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

  • Warta Roda

    Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

  • Warta Roda

    Dua Penunggang Wanita Maut Motosikal Bertembung

  • Model Baru

    JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

  • Warta Roda

    Majlis Penyerahan Triumph Tiger Sport 800 Kepada Para Pembeli Terawal

Artikel berkaitan

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

BENDA Chinchilla 500 Masuki Pasaran Negara – RM27,888

CFMOTO Malaysia Lancar 700MT – RM33,888

Honda X-ADV 750 2025 Tiba di Pasaran Negara - Harga Bermula RM69,999

Aveta DY115 Baharu Diperkenalkan - Harga Bermula RM3,988

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Nahas Treler & Kereta: 5 Mangsa Disahkan Maut

Tayar hadapan sebelah kanan sebuah treler pecah dipercayai punca kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 58.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam Khamis.

Warta Roda

Honda CBR150R Hadir Dengan Warna Serba Baru!

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. dengan bangganya memperkenalkan Honda CBR150R dengan skema warna baharu lebih menarik. Warna serba menawan ini adalah inspirasi daripada DNA Honda Racing ikonik seperti mana yang dilihat pada model lagenda CBR1000RR-R, CBR650R dan CBR250RR.

Dari Litar

VOGE Racing Team Bersedia Untuk Bersaing di Cub Prix & ARRC 2025

VOGE Racing Team yang dikuasakan oleh AS25 Academy perkenalkan barisan pelumba mereka dan livery jentera untuk musim 2025.

Dari Litar

Zulfahmi terkilan cara pengurusan MIE Racing terhadap pelumba negara

PETRONAS digesa meneliti kerjasama dijalinkan dengan pasukan MIE Honda Racing di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) berikutan keputusan buruk diperoleh dua pelumba negara di pusingan pembukaan musim ini di Australia, minggu lalu.