Honda FORZA 250cc terbaru dari Boon Siew Honda. Harga ditawarkan ialah RM25,388
Boon Siew Honda Sdn Bhd telah melancarkan skuter terbaru Honda Forza 250cc yang menampil pelbagai ciri-ciri terkini yang menjadikannya antara jentera automatik pilihan ramai. Honda Forza 250 disempurnakan dengan enjin 250cc dengan enhanced Smart Power (eSP) yang berkuasa 16.2 kW pada 7,750 rpm dan tork 22.6Nm pada 6,250 rpm.
Berbanding model sebelum ini yang berenjin 300cc, Forza 250cc pastinya menarik minat lebih ramai peminat skuter kerana untuk menunggangnya tidak memerlukan lesen B Penuh. Forza baru ini menampilkan rekabentuk elegan dengan lampu-lampu LED, sistem Emergency Stop Signal (ESS) dan pengecas USB, sistem elektronik Honda Selectable Torque Control (HSTC), sistem ABS dua hala dan sistem kunci pintar.
Bagi mereka yang sukakan aktiviti berkonvoi atau mengembara, model ini juga dilengkapkan dengan penghadang udara larasan elektrik, ruang barang ekstra besar dan pengedaliannya yang cemerlang. Untuk mengimbangi kuasa enjin PGM-FI yang efisien, Forna didatangkan dengan brek-brek cakera beserta ABS & HSTC.
Honda Froza diperkenalkan dalam tiga pilihan warna iaitu Matte Gunpowder Black Metallic, Pearl Horizon White dan Candy Rosy Red. Jika berminat, ia dijual pada harga 25,388 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, sila berkunjung ke Honda Big Wing, Impian X, para pengedar Honda di talian bebas tol 1-800-88-3993 atau layari www.boonsiewhonda.com.my. RR
Popular