Skuter baru WMoto RT3 hadir dengan enjin Euro 4 247cc. Harga cukup menarik....RM15,188
WMoto telah melancarkan skuter terbaru iaitu RT3 dengan menampilkan pelbagai ciri-ciri menarik dan terkini yang memenuhi kehendak para peminat skuter di Malaysia. Skuter maksi ini didatangkan dengan enjin 247cc, DOHC yang memiliki kuasa maksimum 23hp pada 8,000rpm dan tork 22.5Nm pada 6,500rpm. WMOTO merupakan jenama motosikal tempatan yang diusahakan oleh syarikat dari Pulau Pinang iaitu MForce Bike Holdings Sdn Bhd.
WMoto RT3 bukan hanya menarik perhatian kita dengan rekabentuknya yang eksklusif tetapi juga menerusi kepelbagaian ciri-ciri moden seperti penggunaan kunci pintar ataupun Smart Key. Sistem kunci pintar ini memudahkan kita menghidupkan, mematikan enjin, membuka ruang simpanan dan tangki bahan api tanpa perlu mengeluarkan kunci dari poket.
Ruang simpanan bawah pelana yang luas muat untuk menyimpan topi keledar, barangan peribadi dan baju hujan. Jentera auto keluaran MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. ini juga dilengkapi dengan saspensi hadapan jenis teleskopik dan penyerap hentak berkembar di belakang.
Skuter WMoto RT3 ini sudah dipamerkan di pusat-pusat pengedar sah MForce pada harga jualan asas cuma RM15,188 (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Setiap pembelian akan menerima waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (mana yang terdahulu). Terdapat ttiga pilihan warna eksklusif iaitu Matte Grey, Glittery Blue dan Red. RR
Ciri-ciri menarik WMoto RT3:
- sistem ABS
- tangki besar 17 liter
- soket pengecas
- butang suis berlampu
- cermin sisi boleh lipat
- paparan meter digital dengan enam pilihan warna
- ruang simpanan berlampu
Popular