Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Mac 2015

Suzuki Memperkenalkan 3 Model 650cc

Pastinya ini berita yang cukup baik buat para pencinta motosikal di seluruh negara. Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd kini menambah lagi koleksi jentera berkuasa tinggi dengan memperkenalkan tiga model terbaru iaitu V-Strom 650ABS, V-Strom 650XT dan Gladius 650 ABS. Untuk membuktikan kehebatan enjin dan pengendalian model-model ini, para wartawan yang hadir pada sessi pelancaran telah diberi peluang untuk menguji ketiga-tiga model ini di Litar City Karting Go-Kart, Shah Alam, 10 Februari lalu.

Dari Kiri: En. Toru Kobayashi, Pengarah Urusan Suzuki Assemblers dan En. Hiroaki Maeda (Pengarah Kewangan) melancarkan tiga model terbaru.

“Kami memasuki pasaran motosikal berkuasa tinggi pada bulan Mac tahun lalu dengan memperkenalkan empat model terhebat Suzuki dan diikuti sebuah model jalanan iaitu GSR750 di Litar SIC sempena perlumbaan MotoGP tahun lalu. Model-model ini telah mendapat sambutan yang cukup hangat, sebanyak 200 unit telah berjaya dijual hingga ke hari ini. Hari ini kami dengan bangganya melancarkan tiga lagi model baru yang dijangkakan bakal meningkatkan jumlah jualan Suzuki tahun ini,” kata Pengarah Urusan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd, En. Toru Kobayashi.

V-strom 650 ABS
V-strom 650 ABS

V-Strom 650ABS dan V-Strom 650XT merupakan jentera pengembaraan (dual purpose), berisipadu 645cc dengan enjin dua silinder v-kembar yang menjanakan kuasa setinggi 50.5kW (67hp) pada 8,800rpm dan tork 60.0Nm pada 6,400rpm. Untuk disesuaikan dengan tujuan penciptaannya, kedua-dua model V-Strom ini didatangkan dengan sistem ABS demi keselamatan pemiliknya. Kedua-duanya dilengkapi dengan Suzuki Dual Throttle Valve menawarkan hantaran kuasa yang linear dan menjimatkan.

En. Sam Lee mencuba V-Strom 650 XT.
En. Sam Lee mencuba V-Strom 650 XT.

Kedua-dua model lasak ini dilengkapi dengan Throttle-body Intergrated Idle Speed Control (TI-ISC) yang memberikan enjin V-Strom mudah dihidupkan dalam apa jua jenis cuaca. Pengadang udara model ini boleh diubah kepada tiga tahap ketinggian bersesuaian dengan penunggangnya. Pengembaraan pastinya lebih meyakinkan apabila V-Strom 650ABS dan V-Strom 650XT dilengkapi dengan sistem ABS yang mampu memperlahankan kelajuan dengan jitu sekali.

Kedua-dua model ini hanya dibezakan menerusi penggunaan rim berjejari dan paruh (peak) untuk model V-Strom 650XT manakala V-Strom 650ABS menggunakan rim jenis sport dan tidak dilengkapkan dengan paruh (peak) di bahagian hadapan. V-Strom 650XT ditawarkan dalam empat warna menarik iaitu Metallic Mat Fibroin Grey, Pearl Bracing White, Metallic Triton Blue dan Candy Daring Red. Ia dijual pada harga RM43,900. V-Strom 650ABS pula ditawarkan pada harga RM41,900 dengan tiga pilihan warna iaitu Pearl Bracing White, Metallic Triton Blue dan Metallic Mat Fibroin Grey.

Ia hadir memang tepat pada masanya kerana pasaran Naked Bike di Malaysia semakin diminati... ya, memang cukup ramai orang minat. Model-model seperti ini diminati kerana ia benar-benar praktikal – boleh digunakan untuk berbagai jenis tunggangan. Suzuki memperkenalkan Gladius ini demi memberi lebih pilihan kepada para pencinta motosikal yang sentiasa dahagakan jentera yang bukan sahaja tangkas tetapi juga cantik dan kemas.

Rekaannya berkonsepkan 'Elegant and Sporty' dan untuk merealisasikan konsep ini di depan mata, pereka Suzuki telah menghasilkan kerangka jenis trellis, tangki dengan dua warna berbeza dan bentuk lampu utama yang cukup menarik. Ketangkasan Gladius ini 'berlari' adalah kerana ia dilengkapi dengan enjin 645cc dengan kuasa 71hp pada 8,400rpm dan tork 64.0Nm pada 6,400rpm. Gladius didatangkan dengan Suzuki Composite Electrochemical Materials (SCEM) yang mengurangkan geseran dan haba panas serta meningkatkan daya tahan enjin.

Gladius 650
Gladius 650

Untuk memberikan tindakbalas pendikit dan pecutan yang cemerlang, ia dilengkapi dengan Suzuki Dual Throttle Valve (SDTV). Gladius boleh dimiliki pada harga asas RM39,900 dengan tiga pilihan warna iaitu Pearl Vigor Blue/Pearl Glacier White, Glass Sparkle Black/Metallic Mat Fibroin Grey dan Metallic Mat Black/Glass Sparkle Black.

Walaupun tidak begitu lama di atas litar, ia sedikit sebanyak memberikan maklumat yang cukup penting dan mengujakan. Tidak dinafikan, Gladius memang cukup lincah apabila berada di jalan berselekoh tajam. Kerangka yang bertegaran tinggi ini memudahkan kita membuat belokan dengan pantas dan stabil. Enjin v-kembarnya pula menawarkan hantaran kuasa yang tinggi tetapi mudah dikawal manakala sistem ABS ternyata memberikan pengendalian amat meyakinkan.

V-Strom 650XT
V-Strom 650XT

V-Strom 650ABS pula nampak sahaja besar dan tinggi tetapi sebaik sahaja kita melabuhkan punggung, ia menawarkan pengendalian yang kemas dan mudah. Sudut pelananya direka sempurna, kita berasa bagaikan bersatu dengan jentera ini. Proses penukaran gear juga ringan dan lancar manakala pengendalian yang mudah menyebabkan kita dapat membuat belokan walaupun di kawasan yang agak kecil. Paling mengujakan ialah sistem ekzosnya yang cukup sedap didengar. Walaupun enjinnya ditarik dengan keras, bunyi yang terhasil cukup merdu. Asyik sekali.

Untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggannya, Suzuki Assemblers akan terus menganjurkan klinik, kursus dan latihan khas untuk para pengedarnya agar lebih mahir mengendalikan mesin-mesin berkuasa tinggi. RR

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Warta Roda

Lebih 100 Buah Motosikal Terbakar Di Depoh Simpanan DBKL

Sebanyak 130 buah motosikal yang diletakkan di depoh penyimpanan kenderaan tersadai milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Taman Connaught telah terbakar.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.