Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Februari 2021

Triumph Trident 660 Ditawarkan Pada Harga Dari RM43,900!

Fast Bikes Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jentera Triumph di Malaysia telah memperkenalkan Triumph Trident 660 untuk pasaran tempatan. Terdapat 50 unit yang telah pun ditempah dan bakal berada di bilik pameran pada 20 Februari ini.

Model ini didatangkan dalam dua varian iaitu Standard dan Premium. Untuk varian Standard boleh didapati pada harga RM43,900 yang ditawarkan dalam warna Crystal White dan Sapphire Black. Manakala bagi versi Premium pula dijual pada harga RM44,900 dengan dua pilihan warna iaitu Silver Ice/Diablo Red dan Matt Jet Black/Matt Silver Ice. Kesemua harga tidak termasuk cukai jalan, insurans serta pendaftaran.

Triumph Trident 660 dijana dengan enjin 3 silinder sebaris, DOHC, 12 injap dengan sistem penyejuk cecair. Enjin yang bersesaran 660cc mampu menawarkan kuasa maksimum 80bhp (60kW) pada 10,250rpm dan tork pula 64Nm (47lbft) pada 6,250rpm. Jentera ini juga turut dipadankan dengan pendikit jenis ride-by-wire. Terdapat sistem elektronik terkini antaranya mod tunggangan (Road & Rain), traction control, quickshifter serta sistem ABS dua saluran.

Kemantapan jentera ini boleh dilihat menerusi rekabentuknya yang unggul serta unik dengan gambaran watak British dalam motosikal Triumph yang asli. Bahagian hadapan diperkemaskan dengan rekaan lampu berbentuk bulat jenis LED. Panel meter TFT membolehkan segala informasi dapat dilihat dengan jelas. Ia juga boleh dipasangkan dengan aksesori tambahan sseperti sistem My Triumph Connectivity (yang dijual berasingan) untuk kawalan sistem navigasi, komunikasi, kawalan GoPro dan muzik melalui Bluetooth.

Antara ciri-ciri lain yang ada pada Trident ini adalah klac jenis assist & slipper, transmisi 6 kelajuan, sistem suntikan bahan api elektronik, saspensi depan Showa 41mm jenis terbalik, Monoshock Showa RSU boleh laras (belakang), kerangka tebular steel, brek-brek cakera, tinggi pelana 805mm, berat basah 189kg dan tangki bahan api 14 liter.

Dengan pembelian jentera Triumph Trident 660, pemilik akan menerima waranti selama dua tahun dengan jarak perjalanan tanpa had dimana jadual waktu servis diletakkan pada 16,000km. RR

Popular

  • Model Baru

    Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

  • Model Baru

    SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

  • Warta Roda

    Penunggang & Pembonceng Maut Motosikal Bertembung Lori Treler

  • Dari Litar

    CP150: Musim Pembuka Tirai 2025 Hujung Minggu Ini

  • Warta Produk

    LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

Artikel berkaitan

Sah! SYM TTLBT Masuk Pasaran Negara Hujung 2025 atau Awal 2026 - Harga Anggaran RM50K

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 Sah Masuk Malaysia... Adakah TTLBT 508 akan ikut serta?

Harley-Davidson 2025 - Street Bob Nampak 'OTAI!'

Vespa GTS 300 Classic - Harga RM31,900

JEDI K333: Direka Untuk Kesesuaian Penunggang Baru & Wanita

BMW Motorrad Malaysia Perkenalkan BMW C 400 X & C 400 GT. Harga bermula RM47,500

Honda NSS250 2025 Tampil Warna Baru & Meter TFT

Disyorkan untuk anda
Model Baru

SYM ADXTG 400 Masuk Malaysia Mei Ini - Harga Bawah RM30K

SYM ADXTG 400 dijangka dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei 2025 harganya pula dijangka bawah RM30k.

Warta Produk

LS2 Perkenalkan Tiga Model Helmet Terbaru

LS2, jenama topi keledar yang berkualiti dan terkenal di peringkat global, melancarkan tiga model topi keledar terbaru untuk tahun 2025 iaitu Verso II OF618, Dragon FF807 dan Advant II FF910.

Warta Roda

MODENAS Elegan EX 'Facelift': Gaya & Ciri Dipertingkatkan. Harga asas RM17,780

MODENAS melancarkan skuter maksi Modenas Elegan EX facelift yang tampil dengan rekaan estetik serta ciri-ciri moden terkini.

Warta Roda

Warna Baru Untuk Yamaha Y15ZR Special Edition

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini memperkenalkan Yamaha Y15ZR Edisi Istimewa (SE) yang hadir dengan warna Bronze Fury serba baru. Model SE i ni ditawarkan pada harga (cadangan) RM9,498 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).