BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” Dilancarkan
BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan model baru BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” yang dihasilkan khas sebagai tanda penghormatan kepada model GS yang telah memberikan kepuasan menunggang selama 40 tahun.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, En. Harald Hoelzl berkata, “BMW Motorrad telah menjadi kunci utama dalam pembangunan kepuasan menunggang di pelbagai jenis laluan dan permukaan jalan. Kami amat berbangga dengan keupayaan kami dalam ketepatan revolusi kejuruteraan. BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” adalah gandingan estetik menarik model klasik R 100 GS dengan ciri-ciri teknikal moden yang menjadikan jentera GS adalah pilihan yang unggul”.
Model baru ini disempurnakan dengan ABS Pro dan Dynamic Traction Control (DTC) untuk keselamatan terbaik ketika membrek dan membuat pecutan. Untuk kelihatan mantap, BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” ini disempurnakan dengan warna lagenda hitam-kuning (Black Storm Metallic), rim emas dan penutup radiator dengan rekacorak GS. BMW baru ini juga dikemaskan dengan lampu hadapan LED beserta Daytime Riding Light yang dipadankan dengan lampu isyarat LED yang cukup terang.
Ia didatangkan dengan enjin 853cc, dua silinder, empat lejang, sistem penyejuk cecair yang menjanakan kuasa setinggi 95 hp pada 8,250 rpm dan tork 92 Nm pada 6,250 rpm. Dengan adanya dua counterbalance shafts, BMW baru ini memiliki tindak balas yang lebih lancar, mantap dan mengagumkan.
Turut menanti para pemilik GS ini ialah generasi terkini Dynamic Traction Control (DTC) dan Dynamic Electronic Suspension Adjustment (ESA) yang menjanjikan pengalaman menunggang terbaik di laluan berselekoh dan juga di pelbagai jenis permukaan mencabar. Terdapat empat mod tunggangan seperti Comfort, Touring, Dynamic dan Active yang dilengkapkan dengan sistem Dynamic Brake Control dan Shift Assistant Pro.
Antara yang menarik pada model ini ialah sistem Cruise Control, The Connectivity, Keyless Ride termasuklah Tyre Pressure Monitoring System demi keselamatan penunggang.
BMW F 850 GS ditawarkan pada harga RM85,500 dengan waranti selama 3 tahun beserta program Roadside Assistance yang juga untuk jangka masa 3 tahun. BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” berada semua pengedar BMW Motorrad di seluruh negara bermula 10 Februari 2021. RR
Popular