Suzuki Hayabusa Gen 3 2021 dengan enjin 187hp....
Selepas lebih daripada satu dekad, Suzuki Motorcyles dengan bangganya memperkenalkan model terulung, Suzuki Hayabusa Gen 3 serba baru yang kini memiliki prestasi enjin yang lebih berkuasa, mantap dan lancar. Ia dikatakan siri Hayabusa yang paling pantas pernah dihasilkan dan kini lebih sempurna dengan teknologi lebih moden. Kesinambungan rekabentuknya berbanding model-model Gen 1 dan Gen 2 sememangya amat mengujakan.
Suzuki ini menawarkan tahap kesempurnaan enjin serba baru dan rupabentuk yang anggun. Suzuki Hayabusa disempurnakan dengan enjin bersesaran 1,340cc, empat silinder sebaris, sistem penyejuk cecair, DOHC yang menawarkan kuasa maksimum setinggi 187hp pada 9,700rpm, tork 150Nm pada 7,000rpm dan berpiawaian Euro 5. Ia adalah Hayabusa terpantas pernah dihasilkan.
Model ini dilengkapkan dengan aci engkol baru, rod penyambungan dan piston yang lebih kuat manakala aci sesondol pada bahagian ekzosnya juga ditambahbaik. Ini adalah untuk menambah prestasi jentera ini diperingkat pertengahan. Sistem transmisi model ini diberi nisbah yang lebih dekat dan didatangkan dengan sistem Quick Shifter yang memastikan pergerakan lebih lancar dan mudah.
Untuk memastikan Hayabusa ini lebih mudah dikendali dan memiliki prestasi yang mantap, ia kini memiliki sistem elektronik seperti Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S) yang akan mengawal enam 'perkara' berbeza iaitu Mengawal Karaktor Penghantaran Kuasa Enjin, Mengawal Karaktor Tahap Pecutan, Mengawal Tahap Perlambatan Enjin (brek enjin), Mengawal Putaran Enjin Di Kelajuan Melahu (Cruise Control), Mengawal Operasi Sistem Transmisi (Quick Shifter, Easy Start & Low RPM Assist) dan Mengawal Ketika Membrek.
Antara ciri-ciri lain yang mempertingkatkan prestasi Hayabusa Gen 3 ini ialah Mod Tunggangan, Launch Control, Engine Brake Control, Combined Brake System, Rear-Wheel Lift Control, Hill Hold Control dan Speed LImiter. Kita berharap agar model ini akan berada di pasaran negara kelak. Padu habis!!
Dapatkan maklumat lanjut di https://suzukicycles.com RR
Popular