Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 2 Februari 2021

WMOTO ES125 Skuter Baru Comel & Lincah

WMOTO merupakan jenama motosikal tempatan yang diusahakan oleh syarikat di Penang iaitu MForce Bike Holdings Sdn Bhd. Selepas memperkenalkan model 'cruiser' V16 November lalu, WMOTO telah melancarkan skuter terbaru mereka iaitu WMOTO ES125.

ES125 didatangkan dalam dua varian iaitu edisi Standard dan Special Edition (SE). Untuk edisi SE ditawarkan dalam warna Turquoise Blue, bagi varian standard terdapat tiga pilihan warna iaitu Red, Grey & Black. Skuter ini boleh dimiliki pada harga asas RM4,588 manakala untuk edisi SE RM4,888 (tanpa cukai jalan, insurans & pendaftaran).

Skuter baru ini dijana dengan enjin empat lejang, silinder tunggal dengan sistem penyejuk udara. Enjin yang bersesaran 118.8cc ini menawarkan kuasa maksimum 6.5kW pada 7,500rpm dan tork 9.5Nm pada 6,000rpm beserta dengan transmisi CVT. ES125 turut dikuasakan oleh teknologi ECS (Environment Care System) yang mesra alam untuk melindungi alam sekitar kita.

Saspensi di bahagian hadapan dilengkapi dengan fork jenis teleskopik manakala penyerap hentak belakang KYB mampu memberi keselesaan buat penunggang dan pembonceng ketika menunggang di jalan yang tidak rata. ES125 memiliki berat 95kg yang mudah pengendaliannya dan sesuai untuk tunggangan harian. Tangki bahan api 3 liter cukup untuk perjalanan jarak pendek.

Bagi memudahkan pergerakan, ruang simpanan bawah pelana seluas 9 liter cukup untuk pemilik menyimpan barangan peribadi. Dengan adanya soket pengecas USB 2.0, pemilik juga boleh mengecah telefon pintar semasa menunggang. Dua ruang di bahagian depan sesuai untuk meletakkan barang-barang kecil seperti dompet, telefon, power bank dan lain-lain.

Antara kelengkapan lain yang ada pada jentera ini adalah lampu DRL (Daytime Running Light), lampu utama yang terang, pengunci tuas brek di sebelah kiri, tinggi pelana 745mm, brek cakera (depan) & gelendong (belakang) serta penghidup jenis elektrik atau tendang.

WMOTO ES125 sudah pun berada di pasaran negara. Untuk melihat dengan lebih dekat sila kunjungi pusat pengedar sah WMOTO di seluruh Malaysia. RR

Isu Pada

Mac 2021

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.