VESPA LT150 3V IE : Beri Lebih Pilihan
Tiada perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan model terbaru Vespa LT150 3V IE selain ia melambangkan keghairahan, fesyen, semangat dan dinamik. Model kesinambungan daripada Primavera ini dikuasakan oleh enjin tiga injap dengan sistem pancitan bahan api elektronik, gerek baru dan aci engkol yang kurang geseran untuk prestasi lebih mantap.
Melalui evolusi sepanjang 68 tahun di pasaran, model ini dihasil berasaskan teras dan ketulenan Vespa. Ia menawarkan enjin 150cc dengan enjin tiga injap (3V), sistem pancitan bahan api elektronik, gerek dan lejang baru serta aci engkol yang kurang geseran. Walau tampak seperti model asal, Vespa LT150 3V IE dilengkapi dengan teknologi terkini Piaggio yang mendapat permintaan cukup tinggi oleh para penunggang motosikal, tua atau muda.
Model ini dilengkapi dengan casis yang teguh dan bertegaran tinggi tanpa perlu menambah keberatannya. LT 150 ini juga menjanjikan kilometer yang lebih menjimatkan iaitu sekitar 55km untuk setiap liter dengan tunggangan malar 50km/j. Model ini didatangkan dengan pelana eksklusif yang bersulam dengan logo Vespa dan bendera Itali diletakkan di bahagian sisinya.
Ketika ini, Vespa Malaysia mempunyai 18 pengedar sah di seluruh semenanjung Malaysia yang mematuhi Vespa Corporate Identity (CI) dan jumlah pengedar sah ini akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa. Vespa LT150 3V IE boleh dimiliki dengan dua pilihan warna iaitu merah, jingga dan ditawarkan pada harga asas RM9,888. RR
Popular