Segmen Jentera Kembara Lebih Meriah Dengan Kawasaki KLR650 Baru
Kawasaki memeriahkan lagi segmen dual-purpose dengan memperkenalkan KLR650 yang patinya mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pencinta dunia motosikal lasak. Seperti yang diketahui umum, sejak model pertama dilancarkan 1987 lalu, KLR yang juga popular dengan nama Tengai telah ditunggang ke merata ceruk dunia bersama kisah-kisah pengembaraan yang hebat. Jentera ini dipilih kerana ia tahan lasak mudah dikendali dan diselenggarakan.
Model baru KLR650 didatangkan dalam tiga varian iaitu KLR650 ABS, KLR650 Traveler dan KLR650 Adventure yang dibezakan menerusi 'pemakaian' aksesori kembara. Kawasaki telah menyempurnakan jentera lasaknya ini dengan enjin 652cc, empat lejang, silinder tunggal DOHC yang memiliki kuasa tork 53Nm pada 4,500rpm – sesuai untuk tunggangan di laluan biasa mahupun offorad.
Paparan digital yang dilengkapkan ringkas dan mudah untuk dibaca. Cermin pengadang udara KLR baru ini juga menjamin keselesaan penunggangnya dan kemantapan prestasinya datang dari kerangka semi-double cradle, sistem ABS serta penggunaan saspensi yang cemerlang. KLR650 dilengkapkan dengan tayar hadapan bersaiz 90/90-21 (tayar depan) dan 130/80-17 (tayar belakang) yang dikawal cukup cemerlang oleh brek cakera 300mm di depan dan 240mm di belakang.
KLX650 Traveler dilengkapkan dengan kotak barang tengah dan soket DC/USB manakala model aksesori penuh KLR650 Adventure dimantapkan dengan kotak barang sisi, soket elektronik dan lampu kabus (fog). Terdapat juga pelbagai jenis aksesori yang ditawarkan seperti set pemanas grip, pelapik tangki, pelindung kerangka dan set lampu tambahan LED.
KLR650 ditawarkan dalam warna Pearl Sand Khaki, Pearl Lava Orange dan Cypher Camo Gray untuk model Adventure. Harapnya model ini dibawa masuk ke pasaran tempatan pada tahun ini. RR
Popular