Triumph Speed Triple 1200 RS 2021 DIperkenalkan!
Triumph Motorcycles telah melancarkan Speed Triple 1200 RS 2021 yang menampilkan enjin serba baru lebih besar iaitu 1,160cc yang mampu menjanakan kuasa setinggi 178hp pada 10,750rpm/180PS (30PS lebih tinggi berbanding sebelumnya) dan tork 125Nm pada 9,000rpm (penambahan sebanyak 8Nm). Ini menjadikannya model Speed Triple paling mantap dan terpantas pernah dilahirkan.
Kecemerlangan prestasi Triumph baru ini juga datangnya dari pengurangan berat keseluruhannya yang memberikan tahap nisbah kuasa-berat yang terbaik dalam sejarah model Speed Triple, 25% lebih tinggi berbanding generasi terdahulu dan hampir dua kali ganda daripada model asal Speed Triple 1994. Sistem kemasukan udara dan sistem ekzos yang juga diberi nafas baru menjadikan bunyi Triumph ini lebih padu.
Triumph Speed Triple 1200 RS pastinya memberi kenikmatan setiap kali berada di jalan raya, ini datangnya dari sistem elektronik menarik seperti lima mod tunggangan (Rain, Road, Sport, Track dan Rider) yang memiliki karaktor dan tahap respon tersendiri, Cornering ABS, Cornering Traction Control, lampu-lampu LED, sistem keyless, Triumph Shift Assist, Cuise Control, sistem perhubungan My Triumph Connectivity, panel meter TFT dan Front-Wheel Lift Control.
Sistem transmisi 6 kelajuan dan sistem klac turut dipertingkatkan yang memberikan kelancaran optimum dan kawalan terbaik ketika menurunkan gear dalam kelajuan tinggi. Casis baru yang lebih ringan membantu pengendalian menjadi lebih mudah, ringan dan tangkas.
Untuk mengimbangan tahap prestasi yang lebih mantap, Triumph telah menyempurnakan model baru ini dengan sistem brek-brek Brembo Stylema, fork depan Ohlins NIX30 jenis terbalik 43mm dan penyerap hentak tunggal Ohlins TTX36 di bahagian belakang.
Triumph baru ini juga didatangkan dengan 35 jenis aksesori yang dikhususnya buat para pelanggan yang ingin mengubah jentera masing-masing mengikut kreativiti dan citarasa tersendiri. Speed Triple RS didatangkan dalam dua warna iaitu Sapphire Black (warna/grafik merah dan perak) atau Matt Silver Ice dengan warna/grafik hitam, perak dan kuning.
Bagi pasaran UK, model baru ini ditawarkan pada harga £15,100 dan menurut pihak Triumph Motorcycles, model ini akan berada di para pengedarnya bermula pada akhir Februari ini. RR
Popular