Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Disember 2016

Vespa Sprint Adventure Dari Naza

Untuk terus berdaya saing dalam pasaran motosikal negara, Naza Primera Sdn Bhd dengan bangganya telah memperkenalkan Vespa Sprint Adventure, model ubahsuai Vespa Sprint 150cc ABS. Jentera serba baru ini memiliki rupa paras yang unik dan mencabar yang dilengkapi dengan kemasan hitam matt sporty dan aksesori pengembaraan. Vespa Sprint Adventure ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu Green Matt dan Desert Sand.

Model baru ini disempurnakan dengan enjin baru Piaggio i-Get satu silinder, empat lejang, sistem penyejuk udara yang berisipadu 150cc. Untuk prestasi lancar dan segar sepanjang masa, ia dilengkapkan dengan sistem suntikan bahan api manakala kotak gearnya juga direka untuk kelancaran, senyap dan keselesaan ketika menunggang. Vespa ini mempunyai kuasa maksimum setinggi 9.5kW pada 7,750rpm dan tork 12.8Nm pada 6,500rpm.

Vespa Sprint Adventure ini boleh dimiliki pada harga asas RM17,000 termasuk tiga aksesori iaitu carrier hadapan, carrier belakang dan cermin pengadang udara. RR

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.

Warta Roda

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.