Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 18 Disember 2020

Honda CBR250RR Masuki Pasaran Negara

Yang ditunggu telah tiba! Boon Siew Honda (BSH) semakin mengembangkan sayapnya dengan pelancaran model supersport mereka iaitu Honda CBR250RR ke dalam pasaran negara.

Menerusi rekabentuknya, model ini dibangunkan berasaskan siri model-model CBR yang lain yang diberi gelaran sebagai Total Control. Jentera ini memberi keseronokan tunggangan sebuah mesin supersport yang mampu memenuhi kehendak pengguna. Total Control mempunyai tiga konsep iaitu prestasi unggul, ciri futuristik dan rekabentuk yang agresif serta pantas seperti jentera lumba CBR.

CBR250RR didatangkan dengan enjin 250cc menawarkan kemantapan tunggangan di dalam bandar ataupun litar. Enjin dua silinder, DOHC, 8-injap serta sistem penyejuk cecair ini menawarkan kuasa maksimum 30kW pada 13,000rpm dan tork 25Nm pada 11,000rpm.

CBR baru ini turut dipadankan dengan sistem Throttle-by-wire dengan tiga mod tunggangan iaitu Sport, Sport+ dan Comfort. Dengan adanya mod tunggangan ini, pengguna boleh memilih untuk menggunakan kuasa yang linear ataupun lebih agresif. Untuk tunggangan lebih meyakinkan, CBR250RR dilengkapi  sistem Quick Shifter dan klac jenis Assist & Slipper.

Kemantapan CBR250RR boleh dilihat menerusi lampu utama berkembarnya jenis LED. Manakala rekaan sudut bentuknya yang tajam menampilkan lagi sifat agresif yang sporty. Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan ialah paparan meter LCD, Dual Exhaust System, fork teleskopik jenis terbalik, penyerap hentak tunggal dengan lima tetapan boleh laras, sistem ABS dua saluran, berat 168kg, tinggi pelana 790mm dan isi tangki 14.5 liter.

Terdapat dua warna pilihan iaitu Winning Red & Mat Gunpowder Black Metallic yang boleh dimiliki pada harga RM25,999 (tanpa pendaftaran, insurans & cukai jalan). Dengan tawaran harga yang menarik ini, BSH turut memberikan jaminan selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) buat pemilik jentera tersebut. Honda CBR250RR  boleh didapati di semua Honda BigWing, Impian X dan Impian Dealership berdekatan dengan anda. RR

Isu Pada

Februari 2021

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Dari Litar

Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Tahun 2024 juga menyaksikan rekod baru jumlah kehadiran penonton sepanjang musim ini mencecah 3,033,255 orang. Ia adalah pencapaian terbaik setakat ini sejak 75 tahun penganjuran MotoGP.

Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Dari Litar

GP Valencia 2024 Dibatalkan...Litar Untuk Pusingan Akhir Belum Dipastikan Lagi

Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa buah bandar di Utara Sepanyol yang turut melibatkan komuniti di Valancia, pihak Dorna telah mengumumkan bahawa GP Valencia yang dijadualkan berlangsung pada 15-17 November nanti telah dibatalkan.