BMW R 1250 RS 2021: Mesin Kembara Sejati
BMW Motorrad memperkenalkan model pengembaraan terbaru untuk 2021 iaitu R 1250 RS yang pastinya memberikan kepuasan buat pemiliknya. Model baru ini direka dengan menggabungkan keselesaan dan kuasa pecutan yang mengagumkan. Dengan adanya BMW Shiftcam, jentera mantap ini memiliki kuasa tork yang lebih bertenaga untuk membuat pecutan di semua tahap putaran enjin.
BMW R 1250 RS menggabungkan kemampuan pengembaraan dan karaktor sporty yang dapat dilihat menerusi bahagian hadapan yang direka semula termasuklah spoiler enjin, lampu utama LED kembar dan geometri posisi tunggangan yang lebih sempurna. Panel meter TFT memaparkan segala info yang diperlukan dan kini turut dilengkapkan dengan sistem penyambungan ke telefon pintar bagi membuat/menerima panggilan, mendengar muzik dan sistem navigasi.
BMW R 1250 RS disempurnakan dengan enjin jenis kembar 1,254cc, sistem penyejuk udara/cecair, 4 lejang yang menjanakan kuasa setinggi 136 hp pada 7,750 rpm dan tork 105 lb-ft pada 6,250 rpm. Kemantapan kuasa BMW ini hadir menerusi sistem elektronik baru seperti Automatic Stability Control (ASC), Hill Start Control (HSC), Dynamic Brake Assistant (DBC) dan Mod Tunggangan (Rain & Road).
BMW baru ini memang padu! Kita berharap ia akan dibawa masuk ke pasaran negara kelak. RR
Popular