Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 1 Disember 2020

Yamaha NMAX 155 Baru Ditawarkan Pada Harga RM8,998

Untuk terus berdaya saing dalam pasaran motosikal negara, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan jentera automatik mereka iaitu Yamaha NMAX 155 baru dengan rupabentuk yang lebih segar. Pelancaran tersebut telah diadakan menerusi siaran langsung di laman Facebook rasmi HLYM.

NMAX 2020 dijana enjin 155cc VVA, silinder tunggal dan sistem penyejuk cecair. Dengan adanya teknologi Blue Core, ia dapat meningkatkan kecekapan bahan api, memberi pecutan kuasa lebih efisien serta daya penyejuk yang lebih sempurna. Skuter ini digerakkan dengan sistem transmisi CVT yang menawarkan kuasa maksimum 11.3kW (15.4PS) pada 8,000rpm dan tork pula 13.9Nm pada 6,000rpm.

Untuk dipadankan dengan rekabentuk luarannya, lampu utamanya jenis LED telah direka semula untuk memberikan pencahayaan yang lebih luas dan jelas. Lampu belakangnya juga adalah jenis LED yang turut diperkemasakan semula. Paparan meter LCD baru ternyata lebih mudah dan jelas untuk para penunggang melihat info-info seperti tahap kelajuan, bahan api, suhu, masa dan jarak perjalanan.

Skuter ini memiliki soket pengecas 12V di mana pemilik boleh mengecas telefon bimbit ketika menunggang. Selain itu, ruang simpan bawah pelana berkapasiti 23.3 liter mampu memuatkan topi keledar full face bersaiz XL.

NMAX telah disempurnakan dengan sistem ‘Stop & Start’.  Sistem ini akan mematikan enjin pada motosikal secara automatik apabila berhenti, namun enjin akan hidup semula apabila pendikit dipulas semula.

Dengan slogan 'Licah Mempersona', skuter ini amat sesuai untuk kegunaan harian terutama ketika menunggang di dalam kawasan bandar.

Yamaha NMAX 155 ditawarkan pada harga RM8,998 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dengan dua pilihan warna iaitu Grey dan Matt Red. Kepada meraka yang berminat sila kunjungi ke pengedar sah jentera Yamaha berdekatan dengan anda. RR

Isu Pada

Januari 2021

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.