Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 26 November 2020

SYM Jet X 150 & Jet 4 RX Akan Diperkenalkan Awal Tahun Depan! Maxsym TL 500 Diedarkan Bulan Disember ini.

Sempena pelancaran digital SYM Global baru-baru ini bertemakan ‘Limitless’, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. dan SYM Taiwan telah bersetuju untuk memperkenalkan dua model skuter terbaru iaitu, Jet X 150 dan Jet 4 RX di pasaran Malaysia. Jet X 150 merupakan model utama untuk siri JET Series akan dilancarkan ke pasaran negara pada suku pertama tahun hadapan manakala Jet 4 RX pula pada suku kedua.

Jet X 150 didatangkan dengan kuasa enjin 149.6cc, isi tangki 7.5 liter, meter digital LCD dan sistem keyless. Buat masa ini, pasukan Bahagian Perancangan dan Pembangunan sedang membuat ujian ketahanan dan membuat proses kelulusan (VTA) dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Skuter ini juga didatangkan dengan empat pilihan warna menarik.

Sementara itu, Jet 4 RX pula dilengkapkan dengan enjin 124.6cc yang bakal menarik perhatian semua dengan penggunaan saspensi belakang berkembar, paparan LCD, pengecas USB Quick Charge 2.0 dan Anti-Lift Engine Hanger System (ALEH) yang berfungsi untuk tunggangan yang selesa.

Tidak lupa juga pada skuter maksi, SYM Maxsym TL 500 yang dinanti-nantikan sejak pelancarannya pada Mei lalu. Model yang menawarkan rekabentuk garang dan spesifikasi enjin yang mantap ini akan berada di pasaran negara pada penghujung Disember 2020. Perkara ini telah diumumkan oleh Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., En Asri Ahmad.

SYM Maxsym TL 500 ditawarkan dalam beberapa warna menarik Matt Black, Matt Blue, dan Grey dengan harga RM35,888.00 tidak termasuk cukai jalan dan insurans. RR

Isu Pada

Januari 2021

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.