Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 3 Disember 2020

WMoto V16: Cruiser Terbaru Penuh Gaya

Jika sebelum ini WMoto berjaya mengeluarkan dua jentera moped seperti VE110 dan WM110, terbaru Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd telah melancarkan pula iaitu WMoto V16 yang menampilan cruiser klasik yang cukup bergaya. Diinspirasikan daripada jentera cruiser/classic yang popular di seluruh dunia, V16 diperanggunkan dengan lampu-lampu LED, panel meter digital/analog, sistem ekzos berkembar, enjin, sistem saspensi, bar hendal dan beberapa kemasan lain berwarna krom.

V16 didatangkan dengan enjin v-kembar 250cc, 4 lejang, sistem penyejuk udara yang memiliki hantaran kuasa setinggi 14kW pada 8,000rpm dan tork 19Nm pada 6,000rpm. Untuk prestasi tunggangan yang mantap, cruiser ini dilengkapkan dengan fork hadapan jenis teleskopik, penyerap hentak belakang boleh laras dan sistem brek yang efisien.

Bersesuaian dengan saiz dan kemampuannya menjelajah pelbagai jenis jalanan, WMoto dikawal oleh tayar hadapan bersaiz 90/90-18 (depan) dan belakang (130/90-15). Dengan saiz tangki sebesar 14 liter, V16 dijangka mampu menyusuri perjalanan sejauh 300 kilometer dengan satu isian penuh.

WMoto V16 didatangkan dalam tiga warna iaitu Putih, Biru, Hitam dan ditawarkan pada harga asas yang cukup berpatutan iaitu RM15,988. Pihak WMoto menyasarkan penjualan sebanyak 300 unit sebulan dan cruiser serba baru ini akan berada di pusat pengedar rasmi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd bermula 12 November 2020. RR

Isu Pada

Disember 2020

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kemalangan Kereta Dengan Motosikal Berkuasa Tinggi, Penunggang Maut

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 6, Jalan Kangkar Baru Paloh, Yong Peng, jam pukul 10.15 pagi semalam.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Model Baru

Yamaha Europe Perkenalkan Tracer 9, Tracer 9 GT & Tracer 9 GT+ 2025

Yamaha Motor Europe telah memperkenalkan rangkaian Sport Touring mereka bagi tahun 2025 iaitu Yamaha Tracer 9, Tracer 9 GT dan Tracer 9 GT+ Y-AMT.

Berita Kelab

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Penganjuran KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024 yang dianjurkan semperna Hari Malaysia pada (15/9 - 16/9) lalu telah terlaksana dengan jayanya.