Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 November 2016

CBR1000RR Fireblade & CB1100 Bintang Honda Di Intermot

Honda Motor tampil ke pameran motosikal antarabangsa, Intermot di Koln, Jerman pada 4 Oktober lalu dengan memperkenalkan dua model terbaru iaitu CBR1000RR Fireblade dan CB1100. Kedua-dua mesin ikonik ini ternyata bagaikan sebahagian daripada jiwa pencinta motosikal di seluruh dunia dan sememangnya ia dinanti-nantikan.

CBR1000RR Fireblade SP2
CBR1000RR Fireblade SP2

CBR1000RR Fireblade

Anda 'kaki motor'? Kalau ya... tak mungkin anda tidak mengenali motosikal Honda yang mempunyai tiga huruf ini iaitu C..B..R.. yang juga dikenali dengan panggilan Fireblade. Model CBR Fireblade mula diperkenalkan pada tahun 1992. Ya... 25 tahun yang lalu dan sejak dari saat itu, nama Fireblade sudah tidak asing lagi buat kita semua, peminat jentera dua roda.

Sebelum munculnya model R1 dari Yamaha, model Fireblade inilah yang mempelopori rekaan motosikal berkapasiti besar ke dalam casis dan rangka yang biasanya digunakan untuk jentera 600cc ke bawah. Dalam kata lain, Hondalah yang pertama sekali menunjukkan kepada dunia bahawa ianya tidak mustahil untuk menunggang sebuah motosikal berkapasiti 900cc dengan tangkas seperti sebuah motosikal kecil, tanpa memerlukan pengubahsuaian sehingga menjadi seperti sebuah motosikal lumba di litar.

Pada tahun 2004, model CBR900RR ini telah dinaik taraf ke 1,000cc dan ditukar tatanamanya kepada CBR1000RR, tetapi masih dengan gelaran Fireblade. Sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-25, CBR1000RR Fireblade didatangkan dalam dua varian iaitu model SP dan SP2. Dalam usaha mengekalkan tradisi 'Total Control', model 2017 ini menumpukan seluruh perhatian pada nisbah kuasa dan beratnya agar lebih sempurna.

CBR1000RR Fireblade SP
CBR1000RR Fireblade SP

Dengan 15kg lebih rendah dan kuasa 8kW lebih tinggi, prestasi keseluruhan jentera baru ini telah berjaya ditingkatkan kepada 14% dan membawa Fireblade ke tahap yang belum pernah dicapai sebelum ini. Model baru ini juga didatangkan dengan pakej kawalan elektronik yang dibangun berasaskan model RC213V-S.

Pemilik Fireblade SP dan SP2 tahun ini bakal menikmati mod kuasa dan tunggangan berbagai jenis, talaan brek enjin, Honda Selectable Torque Control, Quickshifter, Downshift Assist, sistem ABS terbaru dan Ohlins Electronic Control Suspension untuk kawalan lebih tepat. Ini bermakna, jentera sport Honda ini membawa mesej baru iaitu 'Next Stage Total Control'.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Fireblade, model SP2 akan didatangkan dengan rim Marchesini, injap rekaan, kebuk pembakaran dan omboh yang direka semula. Turut ditawarkan ialah 'kit' istimewa untuk mereka yang ingin ke litar.

Dengan tatanama CBR1000RR SP dan (untuk tujuan homologasi bagi WSBK) SP2, Fireblade terbaru Honda ini sememangnya satu pembaharuan yang hebat dan adalah satu usaha sebenar Honda untuk mengambil kembali takhta motosikal superbike 1-liter yang pernah menjadi kepunyaan mereka sebegitu lama.

CB1100 EX
CB1100 EX

CB1100 EX & CB1100 RS

Model lagenda Honda, CB1100 turut diperkenalkan di Intermot yang sudah pastinya menawarkan kematangan dan kejayaan kejuruteraan Honda dalam penciptaan sebuah jentera dua roda. Untuk model 2017, tangkinya telah diberi sentuhan baru yang lebih kemas dan bergaya.

Pelindung sisi, pelana, madgad belakang dan tempat pemijak kesemuanya dibuat semula menjadi lebih kuat, lebih tegar sambil mengekalkan ketulenan karaktor CB ini. Walaupun ia model retro, lampu utamanya jenis LED menawarkan pencahayaan yang terang, jelas dan lebih selamat. Rekabentuk ekzosnya yang lebih pendek tampak lebih mantap dan lebih sesuai dengan bentuk enjinnya.

CB1100 RS
CB1100 RS

Terdapat dua varian iaitu CB1100 EX dan CB1100 RS yang berbeza. CB1100 tampil dengan gaya lebih klasik dengan rim berjejari 18” keluli tahan karat manakala CB1100 RS pula adalah tawaran Honda kepada peminat Cafe Racer yang didatangkan dengan sportrim, bar hendal rendah, rekabentuk cukup menarik dan tayar-tayar sport lebih mantap.

Dengan pengenalan model-model baru ini, Honda ternyata ingin terus rapat dan mempunyai hubungan lebih serius bersama para pelanggan mereka. Bilakah model ini akan diperkenalkan ke pasaran Malaysia? Menurut pihak Boon Siew Honda, mereka masih belum lagi boleh memberikan kata putus dengan rasminya. RR

Isu Pada

November 2016

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Boon Siew Honda (BSH) telah merasmikan pembukaan Honda Bigwing yang pertama di Melaka.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Model Baru

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

Voge menggunakan pentas global iaitu EICMA untuk melancarkan model kembara terbarunya iaitu Valico 800DS. Ia adalah sebuah jentera yang memberi cabaran dalam segmen Kembara/Adventure

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.