Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 12 Mac 2020

Tiga Model Premium Honda Cukup Menggiurkan

Sebagai pengeluar motosikal ternama di Malaysia, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) melangkah ke tahun 2020 penuh bergaya dengan memperkenalkan tiga model terbaru iaitu CBR1000RR-R Fireblade SP, GL1800 Gold Wing dan siri CRF1100L Africa Twin yang ternyata berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Hadir dengan penuh bersemangat ialah Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Urusan BSH, En. Keiichi Yasuda yang ditemani oleh Pengerusi BSH, Dato' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing.

Berucap di majlis pelancaran, En. Keiichi Yasuda menyatakan Malaysia merupakan negara pertama di Asia dan di rangkaian Oceania untuk memperkenalkan model CBR1000RR-R. Beliau turut menegaskan jentera baru ini bakal mengukuhkan pasaran khususnya motosikal berkuasa tinggi dengan menawarkan barisan jentera dalam pelbagai segmen.

CBR1000RR-R Fireblade SP merupakan sebuah model berasaskan model perlumbaan dengan enjin bersesaran 1000cc yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 159kW pada 14,500rpm dan tork 112.7Nm pada 12,500rpm. Model ini turut dilengkapkan dengan sistem elektronik terkini seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC), Quick Shifter, mod tunggangan, Wheelie Control, Honda Electronic Steering Damper (HESD), Ohlins Smart Electronic Control (S-EC) dan Inertial Measurement Unit (IMU).

Untuk disesuaikan dengan kepantasan dimiliki oleh jentera ala MotoGP ini, Honda turut memperkemaskan sistem pertahanan dengan menggunakan sistem saspensi elektronik, brek Brembo Stylema bersaiz 330mm di depan manakala brek belakang turut menggunakan angkup Brembo seperti yang digunakan pada jentera RC213V-S. CBR1000RR-R SP ditawarkan pada harga RM198,800 dengan warna eksklusif, Merah Grand Prix.

Bagi para peminat dunia pengembaraan yang selesa, Honda GL1800 Gold Wing menawarkan kepelbagaian teknologi baru yang menjanjikan satu pengalaman serba baru. Tubuh badannya besar dan mewah dengan penggunaan lampu-lampu LED, ruang menyimpan barang juga cukup besar dan model ini turut lengkap dengan pakej elektronik yang mantap.

Dari kiri: En. Voon Yin Keong, En. Jeremy Loo, Dato Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, En. Keiichi Yasuda dan En. Yoshitaka Nakamura memperkenalkan model terbaru Honda GL1800 Gold Wing.
Dari kiri: En. Voon Yin Keong, En. Jeremy Loo, Dato Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, En. Keiichi Yasuda dan En. Yoshitaka Nakamura memperkenalkan model terbaru Honda GL1800 Gold Wing.

Gold Wing baru ini didatangkan dengan enjin 1833cc dengan kuasa hantaran maksimum 93kW pada 5,500rpm dan tork 170Nm pada 4,500rpm. Terdapat empat mod tunggang iaitu Tour, Sport, Econ dan Rain yang masing-masing menawarkan karaktor enjin berbeza mengikut pilihan penunggang berdasarkan keadaan jalan, cuaca dan corak tunggangan seseorang penunggang itu.

Antara ciri-ciri menarik yang pastinya menambat hati para pencinta motosikal ialah Honda Selectable Torque Control (HSTC), Intergrated Starter Generator, Dual Clutch Transmission (DTC), Hill Start Assist, unit kawalan kunci pintar, peredam depan dan belakang boleh laras. Model ini berharga RM208,800 dan hanya terdapat dalam satu warna iaitu Pearl Glare White.

Model lasak, CRF1100L Africa Twin pula menjanjikan kepuasan menunggang ribuan kilometerdi pelbagai jalanan dan corak mukabumi. Untuk prestasi mantap dan tangkas, model baru ini didatangkan dengan casis lebih ringan, tubuh badan gaya rally dan posisi penunggang yang direka semula. Enjin parallel kembar 1,084ccnya pula menjanakan kuasa cukup mantap iaitu 75kW pada 7,500rpm dan tork 105Nm pada 6,250rpm atau peningkatan 7% (kuasa) dan 6% (tork) berbanding model sebelum ini.


Africa Twin baru ini juga didatangkan dengan panel meter TFT skrin sentuh yang moden serta penyambungan media untuk memudahkan penunggang menggunakan sistem navigasi dan membuat panggilan dengan menggunakan telefon pintar iPhone. Terdapat empat mod tunggangan iaitu Urban, Gravel, Offroad dan User 1 & 2 yang boleh ditala mengikut kesesuaian. Turut menjadikan model baru ini pilihan hati ialah menerusi pakej elektronik seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC), Wheelie Control, Cornering ABS, DCT Cornering Detection, Cruise Control dan Inertial Measurement Unit (IMU).

Terdapat dua varian untuk model ini iaitu CRF1100L Africa Twin dan CRF1100L Africa Twin Adventure Sports yang memiliki perbezaan cukup ketara seperti saiz tangki, sistem saspensi, jenis brek, cermin pengadang udara lebih tinggi, tayar jenis tanpa tiub, pengecas ACC, pemanas pendikit dan banyak lagi.

CRF1100L Africa Twin (manual) boleh dimiliki pada harga RM98,888 dengan warna Merah Grand Prix. Model CRF1100L Africa Twin Adventure pula ditawarkan dalam dua versi iaitu Manual dan DCT yang masing-masing berharga RM111,888 dan RM117,888 dengan warna Pearl Glare White Tricolour.

Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi pengedar Honda BigWing yang berhampiran atau telefon terus talian bebas tol, 1800-88-3993 (Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau layari hondabigbike.com.my. RR

Isu Pada

Februari 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Perkenalkan Model Ikonik, 3 1/2 Baru

Moto Morini meraikan ulang tahun ke-50 model ikonik yang dikenali sebagai '3 1/2' dengan memperkenalkan di pameran motosikal antarabangsa EICMA.

Dari Litar

Podium Berganda Buat Qabil Di Sepanyol & Raih Keempat Keseluruhan di ESBK

Qabil Irfan menutup musim Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) Moto4 dengan podium berganda di pusingan akhir yang berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol.