Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 1 Disember 2020

Pasaran Eropah Lebih Meriah Dengan Penampilan Honda MSX125 Grom Baru

Pasaran motosikal mini khususnya di Eropah pastinya lebih meriah dengan penampilan Honda MSX125 Grom 2021. Model baru ini didatangkan dengan rekabentuk luaran serba baru yang disempurnakan dengan lampu-lampu LED, panel meter LCD, panel sisi yang kompak, fork hadapan berwarna keemasan, penyerap hentak belakang berwarna kuning yang bergaya.


 

Keseronokan Honda Grom baru ini datangnya dari enjin 125cc yang mempunyai kuasa maksimum 9.7hp pada 7,000 rpm dan 11Nm pada 5,250 rpm. Turut dilengkapkan pada model ini antaranya ialah sistem transmisi 5 kelajuan, sistem brek cakera beserta ABS dan posisi menunggang yang selesa (tinggi pelana:761mm).


 

Di Eropah dan di Malaysia, model ini dikenali sebagai Honda MSX125 dan ia merupakan jentera mini yang memberikan keseronokan buat sesiapa sahaja yang menunggangnya. MSX125 ini mendapat respon yang cukup baik dengan penjualan antarabangsa mencecah 750,000 unit. Model ini mendapat perhatian khususnya bagi para penunggang muda yang inginkan keseronokan dan gaya hidup santai.

Kita tunggu sama ada model baru ini akan dibawa masuk oleh BSH ke pasaran negara atau tidak. Sabar ye! RR

Isu Pada

Disember 2020

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Kejuaraan MotoGP 2024 telah berakhir selepas 20 pusingan dan 40 perlumbaan di beberapa buah negara seluruh dunia. Pada masa yang sama, hubungan perniagaan di antara dua syarikat ikonik dalam dunia MotoGP juga sudah sampai di penghujungnya.

Model Baru

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut meraikan pencapaian bersejarah itu dengan menampilkan model edisi terhad iaitu Yamaha Y16ZR 6MRO.

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Model Baru

Triumph Trident 660 Baru Diperkenalkan. Harga asas RM46,900

Didi Group selaku pengimport dan pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia telah melancarkan model terbaru Trident 660 yang akan tersedia dalam pasaran negara tidak lama lagi.