KTM 1290 SUPER DUKE GT 'Sport Touring' Terbaru Di Malaysia
Sejak diperkenalkan untuk pasaran global di Pameran Motosikal Antarabangsa (EICMA) pada tahun lepas, kemunculannya sentiasa dinanti-nanti sehingga pada 25 Julai lalu. Ucapkan 'Selamat Datang' kepada model terbaru dari KTM, 1290 Super Duke GT yang dengan jayanya telah dilancarkan oleh Pengerusi Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd, Dato' Seri Syed Badlishah Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Malaysia juga merupakan negara terawal di rantau Asia Tenggara yang melancarkan model ini. Model 1290 Super Duke GT dilengkapkan dengan enjin v-kembar 2 silinder, mempunyai kuasa maksimum 173hp pada 9,500rpm dan tork 144Nm pada 6,750rpm. Kemantapan enjin ini memastikan setiap penunggang dapat memacu KTM ini dengan lancar, pantas dan mengujakan.
Untuk memudahkan kita menunggang di dalam pelbagai keadaan jalan dan cuaca, 1290 Super Duke GT ini dilengkapi dengan sistem elektronik terkini seperti Ride by Wire, Electronic Cruise Control, sistem pengurusan enjin, slipper clutch, mod tunggangan pelbagai jenis, sistem keselamatan ABS, Motorcycle Stability Control (MSC), sistem kawalan tekanan tayar, quick shifter, Motor Slip Regulation (MSR), Lampu Membelok LED dan banyak lagi.
“Kami menyasarkan penjualan sebanyak 200 unit sebelum 2017 dan dengan kemantapan para pengedar KTM, kami amat yakin sasaran ini bukan sahaja berjaya dicapai malah akan melebihi dari apa yang dijangkakan.
Kami mempunyai sebanyak lima buah pengedar KTM setakat ini dan jumlahnya akan bertambah kepada 10 hingga 15 buah pengedar menjelang penghujung tahun,” kata Dato' Seri Syed Badlishah.
KTM 1290 Super Duke ini ditawarkan pada harga asas RM118,000 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan GST) dengan dua pilihan warna iaitu Jingga dan Anthracite. RR
Popular