Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 September 2016

EGO AVANTIS : Serba Baru Dilancarkan Di Yamaha Automatic World Motorshow

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dengan bangganya telah merasmikan model automatik terbaru, Ego Avantiz pada 22 Julai lalu. Majlis pelancaran model yang cukup menarik ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HLYM, Dato' Jim Khor dan dimeriahkan dengan kehadiran wakil-wakil dari Yamaha Motor Co., Ltd, Japan seperti En. Makoto Shimamoto dan En. Yoshihiro Hidaka.

Dari kiri: En. Makoto Shimamoto, En. Voon Yin Kong, Dato’ Jim Khor, En. Tan Tien Chye dan En. Yoshihiro Hidaka melancarkan Yamaha Avantiz baru.
Dari kiri: En. Makoto Shimamoto, En. Voon Yin Kong, Dato’ Jim Khor, En. Tan Tien Chye dan En. Yoshihiro Hidaka melancarkan Yamaha Avantiz baru.

Yamaha Ego Avantiz serba baharu ini dikuasakan oleh enjin 125cc SOHC, sistem pancitan bahan api dengan teknologi enjin BLUECORE yang menjanjikan prestasi lebih lancar dan menjimatkan. Rekabentuknya yang menawan pasti menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya tanpa sempadan umur dan jantina. Turut dilengkapkan pada model ini ialah sistem kunci parkir untuk mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan.

Avantiz Raving Red.
Avantiz Raving Red.

Ego Avantiz turut didatangkan dengan ruang barang pelana bersaiz 14 liter yang cukup luas. Terdapat tiga warna pilihan menarik yang ditawarkan iaitu Aggressive Black, Speedy Blue dan Raving Red dijual pada harga asas selepas GST 6%, iaitu RM5,717.64 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor pendaftaran).

Skuter konsep Yamaha 04 Gen (kiri) dan 03 Gen F (kanan) memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Yamaha 03 Gen X.
Yamaha 03 Gen X.

Pelancaran model ini juga adalah bersempena acara Yamaha Automatic World Motorshow yang diadakan di Berjaya Times Square pada 22-24 Julai lalu. “Objektif utama acara Yamaha Automatic World Motorshow ini diadakan ialah untuk mempromosikan segmen jentera automatik dan menerusi motorshow inilah para pengunjung akan melihat jenis pengangkutan khususnya motosikal di masa akan datang,” kata Dato' Jim.

Yamaha Fino 125.
Yamaha Fino 125.
Maxxam 250 turut dipamerkan.
Maxxam 250 turut dipamerkan.

Dalam pada itu, acara Yamaha Automatic World Motorshow telah mendapat sambutan yang cukup hangat. HLYM telah membawa dunia jentera automatik terus kepada para pencinta motosikal. Antara model skuter konsep yang dipamerkan adalah 04 Gen, 03 Gen F, 03 Gen X dan model-model skuter lain seperti TMax 530, Majesty 250, Maxxam 250, Fino 125, (Ego LC), Nmax (edisi MotoGP) dan Ego S konsep lasak.

Skuter-skuter Yamaha edisi MotoGP.
Skuter-skuter Yamaha edisi MotoGP.
Ruang pameran unik yang mendapat perhatian para pengunjung.
Ruang pameran unik yang mendapat perhatian para pengunjung.
Yamaha Ego S konsep lasak
Yamaha Ego S konsep lasak

Dengan kolabrasi bersama Yamaha Music Performance, para hadirin dihiburkan dengan persembahan tarian dari Wakaka Group dan nyanyian dengan menggunakan alatan muzik Yamaha. Para pengunjung juga boleh mencuba alatan muzik yang disediakan seperti gitar dan dram elektronik. Menurut HLYM, sepanjang tiga hari acara Yamaha Automatic World Motorshow ini dianjurkan, ia berjaya menarik minat seramai kira-kira 30,000 orang pengunjung. RR

Isu Pada

September 2016

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Antara Yang Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan

Penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan tiga buah kenderaan.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.

Warta Roda

Operasi Khas Motosikal Besar-Besaran Bermula....

Operasi Khas Motosikal akan dijalankan secara besar-besaran bermula 1 November hingga 31 Disember di seluruh negara susulan peningkatan kadar kemalangan yang direkodkan pada tahun ini.