Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 3 November 2020

SYM VF3i 185 Pro Dengan Penampilan Lebih Menarik

SYM VF3i 185 LE diperkenalkan pada bulan Mei lalu dan mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Baru-baru ini, MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model terkini SYM VF3i 185 Pro dengan tiga pilihan warna serba baru iaitu merah, biru dan gold.

Model ini didatangkan dengan enijn bersesaran 183cc, empat lejang, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair yang menawarkan kuasa maksimum 19.7hp pada 9,000rpm dan tork pula 17.4Nm pada 7,500rpm. Enjin suntikan bahan api ini dipadankan dengan transmisi enam kelajuan yang mematuhi piawaian EURO 3.

Untuk tunggangan lebih selamat, jentera ini turut dipasang dengan sistem brek anti-kunci (ABS). Antara ciri-ciri lain yang menarik seperti tangki bahan api 7 liter, lampu DRL, berat 124kg, brek-brek jenis cakera serta tuas brek & clutch boleh laras.

SYM VF3i 185 Pro akan berada di pasaran negara bermula 15 Oktober 2020 yang dijual pada harga RM9,338 (tanpa insurans dan cukai jalan). Dengan pembelian model ini, para pembeli akan menikmati waranti kilang selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) serta perkhidmatan Pembelian Alat Ganti Tulen Atas Talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd. RR

Isu Pada

November 2020

Popular

  • Dari Litar

    Voge Formica Rossa 150 Bakal Muncul di Perlumbaan CubPrix & ARRC Musim Depan

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan semula pengenalan warna White Trico bersama dengan dua pilihan warna yang baru iaitu Matte Blue dan Sliver.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Dari Litar

Akid Pertahankan Kejuaraan CP150

Tahniah buat Akid Aziz pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing meraikan gelaran juara keseluruhan CP150 dengan lebih awal.

Dari Litar

MotoGP Malaysia: Walaupun Raih Juara, Misi Pecco Belum Selesai....

Pecco akhirnya menerima bendera penamat sebagai juara diikuti Martin di tempat kedua dan kini mendahului carta dengan 24 mata manakala Enea Bastianini di tempat ketiga.