BMW R 18 FIRST EDITION – Yang Ditunggu Sudah Tiba
Penantian para peminat BMW untuk melihat dengan mata sendiri model cruiser dengan enjin boxer iaitu BMW R 18 kini tercapai apabila ia kini dengan rasminya telah dilancarkan untuk pasaran negara di Model ini diinspirasikan oleh salah satu rekaan enjin cukup bersejarah dalam syarikat ini.
BMW ternyata memiliki pengalaman luas dalam melahirkan jentera cruiser dan kali ini, R 18 didatangkan dengan enjin bersesaran paling besar dalam sejarah BMW iaitu 1,802cc. Enjin serba baru ini mampu menjanakan kuasa setinggi 91hp pada 4,750rpm dan tork setinggi 158Nm pada 3,000rpm. Untuk memberikan pengalaman hebat buat pemiliknya, BMW telah menyempurnakan cruiser ini dengan Automatic Stability Control, ABS, tiga mod tunggangan (Rock, Roll dan Rain) dan sistem kunci pintar.
“BMW Motorrad Malaysia mengotakan janji dengan melangkah masuk ke dalam segmen cruiser menerusi pengenalan kepada BMW R 18 First Edition terbaharu, Ia adalah jentera cukup anggun yang telah diperkenalkan buat pertama kali sebagai Concept R 18 di acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este. Jentera cruiser ini semestinya memberi kepuasan tunggangan yang sebenar buat si pemiliknya,” ujar Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.
R 18 First Edition ditawarkan pada harga bermula dari RM149,500 atau menerusi bayaran bulanan serendah RM2,411 menerusi pelan pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia yang tertakluk kepada pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun.
Untuk sesi pandu uji BMW R 18 First Edition, sila ke bilik pameran BMW Motorrad Heritage yang terpilih seperti Auto Bavaria Ara Damansara, Chear Motorrad Puchong dan El Chong Motor Sungai Jawi, unit kenderaan ini juga boleh dilihat di semua bilik pameran BMW Motorrad di seluruh negara. RR
Popular