YAMAHA TRACER Kini Di Malaysia
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah melancarkan jentera berkuasa tinggi terbaru, Yamaha Tracer pada awal Julai lalu. Jentera baru ini merupakan kesinambungan daripada model-model berkuasa tinggi lain seperti XJ6, MT-07, MT-09 dan XV950R.
MT-09 Tracer merupakan sebuah jentera pengembaraan (CBU) yang cukup sesuai untuk mereka yang ingin tinggalkan kesibukan kota dan mencari ketenangan di destinasi yang lebih indah. Ia dilengkapi dengan enjin empat lejang, 847cc, tiga silinder yang menjanjikan prestasi yang cukup mantap. Dengan keberatan 190kg dan karaktor enjin yang garang, MT-09 Tracer ini pastinya lincah dan tangkas tidak kira di mana sahaja.
Yamaha MT-09 didatangkan dengan satu warna pilihan sahaja iaitu Race Blu dan boleh dimiliki pada harga RM59,900 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor pendaftaran). Dijangkakan motosikal pengembaraan terbaru Yamaha ini akan mula berada di pasaran pada pertengahan Julai nanti.
Kemunculannya memastikan para pencinta motosikal kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk disesuaikan dengan gaya dan keperluan masing-masing. RR
Popular