Isu Terkini

Julai 2024

Model Baru / 10 Julai 2020

Triumph Perkenal 5 Model Serba Baru

Triumph Motorcycles Malaysia dengan bangganya memperkenalkan barisan jentera terbaru yang bakal memberikan keterujaan buat semua pencinta motosikal di seluruh negara dengan memperkenalkan lima model terkini iaitu Rocket 3 R, Rocket 3 GT, Rocket TFC, Thruxton dan Tiger. Majlis pelancaran model-model ini telah diadakan di Kota Damansara bersempena dengan acara Triumph Muscles Mania. Hadir menyempurnakan majlis pada hari itu ialah CEO Fast Bike Sdn Bhd, Dato’ Razak Al Malique.

Rocket 3 GT (kiri) & Rocket 3 R.

Rocket 3 R & Rocket 3 GT merupakan sebuah jentera dua roda yang memiliki enjin terbesar di dunia. Model yang memiliki rekabentuk mantap dan tegap ini dilengkapkan dengan enjin bersesaran 2,500cc tiga silinder yang berkuasa 167Ps pada 6,000rpm (11% lebih tinggi berbanding model sebelumnya) dan tork 221Nm pada 4,000rpm yang merupakan tertinggi di dunia. Model baru ini juga didatangkan dengan engkol, sistem pelinciran dan pengimbang shaft yang baru.

Untuk tunggangan lebih lancar, Rocket 3 R dan Rocket 3 GT turut dipadatkan dengan pelbagai penambahbaikan seperti klac hidraulik ‘torque assist’, panel meter TFT, Cornering ABS, Optimised Cornering Traction Control, Inertial Measurement Unit (IMU), 4 mod tunggangan (Road, Rain, Sport & Rider Configuration), Hill Hold Control, Electronic Cruise Control, sistem kunci pintar dan pemanas pendikit.

Rocket 3 R
Rocket 3 R

Model ini pastinya menarik perhatian ramai dengan kemasan luaran yang benarbenar mengagumkan. Kedua-dua model baru ini kelihatan cukup anggun dengan penggunaan lampu-lampu LED, rekaan ekzos yang cukup menawan, rim bertempa, lengan ayun tunggal, pelana boleh laras, brek-brek Brembo Stylema, tempat pemijak untuk pembonceng boleh lipat dan warna-warna cukup elegan yang ditawarkan.

Rocket 3 GT
Rocket 3 GT

Rocket 3 R dijual pada harga RM130,900 manakala versi GT pula berharga RM136,900. Untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi jentera ini di jalanan, sila baca di ruangan Pandu Uji dalam isu Mac 2020 Bil: 401.

Rocket 3 TFC
Rocket 3 TFC

Rocket 3 TFC pula merupakan model edisi terhad (Triumph Factory Custom) yang hanya dikeluarkan sebanyak 750 unit sahaja di dunia. Model ini cukup istimewa, ia didatangkan dengan nombor, lambang 3D dengan kemasan emas dan kesemua unit telah pun dijual. Berbanding dengan dua lagi saudaranya, model istimewa ini memiliki hantaran kuasa dan tork yang lebih tinggi iaitu 182Ps pada 7,000rpm dan tork 225Nm pada 4,000rpm.

Model TFC ini dimantapkan lagi dengan penggunaan gentian karbon, lampu signature berkembar LED dengan DRL, tempat pemijak boleh lipat, sistem elektronik terkini dan sistem komunikasi yang moden. Ia juga disempurnakan dengan brek-brek Brembo Stylema yang lengkap dengan sistem Cornering ABS.

Thruxton RS
Thruxton RS

Thruxton RS merupakan sebuah jentera yang direka dengan penerapan DNA Café Racer yang benar-benar menarik. Enjinnya bersesaran 1,200cc yang mempunyai hantaran kuasa setinggi 105Ps pada 7,500rpm (pertambahan 8hp berbanding model lama) dan tork 112Nm pada 4,250rpm.

Thruxton RS
Thruxton RS

Kecekapan prestasi jentera ini didatangkan dari pakej yang menarik seperti omboh bertekanan tinggi, sistem pengudaraan lebih baik, komponen enjin lebih ringan, pelindung cam magnesium dan banyak lagi. Turut dipadankan padanya ialah 3 mod tunggangan (Sport, Road dan Rain), pemetaan pendikit, sistem ABS, sistem traction control, torque assist clutch dan sistem penyenyap yang berpiawaian Euro 5.

Model ini ditawarkan pada harga RM86,900 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).

Tiger 900
Tiger 900

Jika anda menyintai dunia lasak, model Tiger 900 boleh menjadi pilihan. Ia dijual pada harga bermula RM63,900 hingga RM85,900 dan untuk tahun 2020, ia hadir dengan rupabentuk yang lebih agresif, dominan dan bergaya. Generasi terbaru ini didatangkan dalam enam jenis varian iaitu Tiger 900 Rally dan Rally Pro, Tiger 900GT, GT Pro & GT Pro LRH (Low Ride Height) dan model asas, Tiger 900.

Antara ciri-ciri menarik yang menanti para pemiliknya ialah enjin yang serba baru, kerangka keluli yang ringan, kuasa tork setinggi 87Nm pada 7,250rpm - 10% lebih tinggi berbanding Tiger 800, lebih kuasa di peringkat pertengahan, bunyi lebih garang, kotak udara baru, memiliki gravity pusat yang lebih baik, radiator kembar yang efisien dan torque-assist clutch yang memberi kelancaran semasa penggunaan gear.

Tiger 900 Rally Pro
Tiger 900 Rally Pro

Bagi model GT Pro, saspensi belakang jenis elektronik boleh laras membantu penunggang mendapatkan posisi lebih selesa. Terdapat sembilan tahap redaman yang bermula dari Comfort (paling lembut) hingga kepada Sport (paling keras). Versi ini juga dilengkapkan dengan sistem Triumph Connectivity yang membolehkan penunggang membuat panggilan telefon dan mendengar muzik menerusi penyambungan Bluetooth.

Tiger 900 GT Pro
Tiger 900 GT Pro

Siri Tiger 900 serba baru ini juga didatangkan dengan panel TFT bersaiz 7 inci (model asas: 5 inci), sistem elektronik terkini seperti traction control, cornering ABS,6 mod tunggangan, pemanas pendikit dan cruise control.

Untuk memberi perkhidmatan lepasan jualan yang terbaik, Triumph Motorcycles Malaysia mendapat sokongan padu daripada lima flagship store yang terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Bukit Mertajam, Johor Bahru dan Kota Kinabalu. RR

Isu Pada

Julai 2020

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini Calibro 700 Masuki Pasaran Negara. Harga bermula RM35,888

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

EICMA 2024: Nikmati Dunia Pengembaraan Dengan Voge Valico 800DS Rally

HLYM Perkenalkan Yamaha Y16ZR 6MRO Edisi Terhad – RM13,668

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.

Dari Litar

Francesco Bagnaia Tawan GP Thailand Dalam Hujan

Francesco Bagnaia (pecco) membuktikan keupayaannya apabila menjuarai GP Thailand dalam keadaan cuaca dan litar yang sangat sukar.