Multistrada 950 didatangkan dengan enjin Testastretta 937cc yang berkuasa 113hp pada 9,000rpm dan 96.2Nm pada 7,750rpm yang cukup mantap untuk membuatkan si penunggang jentera ini bergembira dan menikmati pelbagai jenis perjalanan dengan selesa.
25 Januari: Saya meneruskan perjalanan ke M. Nonghet sebelum melangkah ke Vietnam. Setelah membeli sarung tangan tebal, barulah lebih selesa untuk memacu motosikal tetapi kali ini diuji pula dengan cuaca sejuk ekstrim -5oC hingga bertemu kawasan bersalji.
Saya mula membaca majalah ini sejak berusia 14 tahun. Penulisan pengasas RodaRoda, Allahyarham Md Yusoff Bakar sentiasa memberikan inspirasi buat para pencinta motosikal. Di sini, saya mencuba sebaik mungkin untuk berkongsi pengalaman menunggang khusus untuk tatapan pembaca RR yang dikasihi.
Macedonia, Croatia dan Montenegro terkenal dengan tasik-tasik yang luas dan bersih. Tasik Ohrid, Macedonia pula merupakan tasik terdalam di dunia dengan kedalaman 321 meter. Air yang bersih, sejuk dan sangat jernih ini menarik perhatian para pengembara ini untuk terjun mandi dan merehatkan badan.
Dari Kyrgyzstan, konvoi meneruskan pengembaraan ke beberapa negara 'stan' lain seperti Tajikistan dan Kazakhstan yang mempunyai pemandangan gunung-gunung bersalji yang sangat indah sehinggakan mereka berhenti beberapa kali hanya untuk melihat alam yang terbentang luas ini.
Perjalanan kali ini memang cukup mencabar! Saya dapat merasai menunggang di selekoh pantas seperti hairpin dan selekoh-selekoh tajam biasa yang bagaikan tidak ada penamatnya. Kami (Suzuki V-Strom dan saya) sedang 'terbang' di angkasa, tinggi di atas ribuan lembah-lembah yang cant ik dan menarik.