Kawasan pergunungan sentiasa memberikan pengalaman menunggang yang cukup hebat lebih-lebih lagi apabila memulas pendikit di jalan-jalan yang berliku. Sayang sekali tidak ada jalan menunggang ke gunung tertinggi di Malaysia sama ada di Gunung Kinabalu, Sabah yang setinggi 4,035 meter (13,435 kaki) atau pun ke Gunung Tahan yang berdiri gagah setinggi 2,187 meter di semenanjung Malaysia.
Aku memang dah lama sangat mengidam nak pergi ke Danau Toba. Tempat ini telah dimasukkan ke dalam bucket list aku, antaranya nak rasa suasana sejuk bagaikan negara Eropah, sedut dalam-dalam udara segar, singgah mandi di air terjun di sana, makan masakan yang lazat dan pastinya nak berbual dengan orang tempatan.
Perjalanan kami jauh berbeza kali ini dan ia adalah pengembaraan bagi aku (Apis) dan sahabat lain iaitu Eirwan, Paklong, Jiben, Alip dan Don antara yang paling mencabar. Kami meninggalkan Malaysia untuk menguji ketahanan mental dan fizikal untuk menjejakkan kaki ke Himalaya.