Australia memang sebuah negara yang bertuah. Ia merupakan tempat yang cukup positif. Orang di sini berfalsafah, segalanya mampu untuk kita miliki kerana terdapat pelbagai jalan untuk merealisasikan impian tersebut. Jadi, buat para pelancong yang ingin melihat pemandangan yang sangat indah serta jalan-jalan yang mengagumkan dengan menunggang motosikal, terdapat kedai yang menawarkan perkhidmatan sewaan motosikal untuk pelbagai kegunaan sama ada di hujung minggu atau untuk suatu pengembaraan jarak jauh.
Yamaha pastinya cukup gembira selepas model FJ-09 (di Malaysia dikenali dengan model MT-09 Tracer) ini mendapat sambutan hangat di pasaran Eropah dan USA. Antara faktor utama mengapa model ini popular ialah ia dapat memenuhi apa yang diingini iaitu prestasi, keselesaan dan harga mampu milik.
Norway merupakan sebuah negara yang boleh saya katakan umpama syurga dunia dan ini bukan sahaja disebabkan keindahan. Dengan rizab minyak dan populasi penduduk yang rendah (lima juta orang) sahaja, ia boleh dikatakan sebuah negara yang benar-benar kaya di dunia ini. Ketika banyak negara di Eropah sedang bergelut dengan masalah ekonomi, Norway telah membuat pelaburan dengan bijak menggunakan rizab minyak dan gas memberikan pulangan yang sangat tinggi.
Sesetengah orang merasakan perjalanan di tepian pantai kadang kalanya agak membosankan, bagi saya ia tidak pernah begitu kerana salah satu cara terbaik untuk kita mengenal sesebuah tempat atau negara itu ialah dengan melakukan pengembaraan.