Isu Terkini

Julai 2024

Kembara / 2 Julai 2016

Perjalanan 1001 Kisah Dari Pulau Pinang Ke London (Bahagian 1)

Kali pertama kami mendengar cerita berkenaan En Lim dan pengembaraannya ialah melalui saluran radio. Kali kedua ialah apabila seorang peminat RR menceritakan pada kami kisah seorang kawannya yang mengembara ke luar negara dengan menunggang sebuah cub. Maka dengan pertolongan Cikgu Azizan, kami dapat berkenalan dengan En Lim dan diperturunkan di sini (empat bahagian) kisah beliau yang sungguh menarik untuk dikongsi bersama dengan pembaca RR.

Jauh perjalanan... luas pemandangan dan pastinya lebih banyak pengalaman! Inilah yang sentiasa diingini dan dicari-cari oleh para penunggang motosikal yang cintakan pengembaraan bermotosikal. Bagi En. Lim serta lapan orang lagi rakannya iaitu En. Franky, En. Eric, En. Timothy, En. Ding, Ms. Affan, En. Foo, En. Ah Keong dan En. Lee, pengembaraan ke kota London adalah satu impian dan cabaran yang ingin mereka hadapi demi memberi kepuasan dan menimba pengalaman hidup.

En Lim (kanan) rakannya iaitu En. Franky.

“Saya mula menunggang motosikal sejak berusia 13 tahun dengan jentera Triumph... milik bapa. Selepas itu cinta saya pada motosikal tidak pernah padam hingga ke hari ini. Bagi saya, dengan bermotosikal sahaja saya dapat merasakan kepuasan dan kebebasan. Seorang pengembara juga perlu tahu selok belok untuk membaiki jentera kerana ia amat penting supaya tidak terkandas,” kata En. Lim berumur 63 tahun dari Pulau Pinang yang juga merupakan ketua pengembaraan ini.

Perjalanan bersejarah sembilan penunggang tegar yang berusia sekitar 50 hingga 68 tahun ini bermula di Downing Street, Pulau Pinang pada 9 Mei hingga 22 September 2015 dengan menuju ke destinasi pertama iaitu ke Patthalung, Thailand. Sembilan buah jentera Honda Wave yang lengkap dengan kotak barang serta para penunggang yang bersemangat waja bergerak dengan formasi yang kemas dan penuh berdisiplin.

Pengembaraan bermula!
Pengembaraan bermula!
En. Franky ditemuramah wartawan ketika di Thailand.
En. Franky ditemuramah wartawan ketika di Thailand.

“Ketika di Patthalung, kehadiran kami telah 'dihidu' oleh pihak pengedar Honda di sana. Mereka sempat bertemu kami untuk memberi sedikit sokongan dan tajaan seperti baju dan pelincir tetapi kami tidak dapat menerimanya kerana ruang barang agak terhad. Naik motor, mana boleh bawa banyak barang.”

Selepas bermalam dan berehat seketika, para penunggang kembali ke atas jalan menyambung pengembaraan ke Myanmar. Keseronokan para penunggang terhenti apabila tiba di sempadan Myanmar. Menurut pihak kastam di sana, mereka perlu membayar kira-kira USD1,500 sebelum dibenarkan menunggang di sana.

Taj Mahal antara destinasi pelancongan terkenal di India.
Taj Mahal antara destinasi pelancongan terkenal di India.

“Jumlah yang diminta memang terlalu banyak dan lebih menyedihkan, keselamatan kami pula tidak dijamin. Saya rasa ditindas dan terpaksa membuat rundingan. Daripada USD1,500 akhirnya pegawai itu bersetuju untuk menerima bayaran sebanyak USD800 dan ia tetap terlalu mahal.”

En. Lim dan rakan-rakan akhirnya bersetuju untuk ke India dengan kapal terbang (termasuk motosikal) pada kadar tambang yang jauh lebih murah dan selamat.

Setibanya di India, masalah lain pula timbul. Motosikal mereka tidak dapat dilepaskan atas pelbagai masalah. En. Lim dan beberapa rakannya terpaksa berbincang dan bertemu dengan bermacam jenis pegawai di jabatan imigresen untuk menyelesaikan masalah ini.

En. Lim bergambar kenangan di salah sebuah masjid di India.
En. Lim bergambar kenangan di salah sebuah masjid di India.
Kedai menjual baju-T dan cenderahati di New Delhi.
Kedai menjual baju-T dan cenderahati di New Delhi.

“Beberapa kali kami terpaksa turun naik pejabat, bukan satu tetapi beberapa pejabat yang berlainan lokasi. Dengan suhu mencecah 48°C, setiap pergerakan dirasakan lebih sukar dan rundingan yang bagaikan tiada penghujung amat-amat menjengkelkan dan mengecewakan,” cerita En. Franky.

Kesemua rakan-rakan motor ini terkandas di India selama 21 hari dan menyebabkan keadaan emosi dan kesihatan mula terganggu. Ada yang mula berputus asa dan mengakibatkan perselisihan faham yang mudah berlaku. Untuk meredakan keadaan, mereka mengambil kesempatan membuat kunjungan ke tempat-tempat menarik seperti Taj Mahal, pasar karpet, pusat jualan seramik, muzium dan sebagainya.

Ceramik juga banyak dijual di New Delhi.
Ceramik juga banyak dijual di New Delhi.

“Selepas tiga minggu, akhirnya barulah motosikal-motosikal dilepaskan tetapi pada waktu malam. Kami terpaksa mengeluarkan setiap motosikal dengan tenaga kami sendiri dan terpaksa pula mencari petrol di waktu malam untuk memulakan perjalanan 'baru' keesokan harinya. Nasib kami baik kerana dapat bantuan seorang pemandu pelancong yang juga seorang penunggang motosikal yang dicadangkan oleh pihak hotel kami.”

En. Lim dan rakan-rakannya menerima arahan untuk memulakan perjalanan ke Pakistan seawal jam 4.00 pagi kerana pada waktu itu jalan dan keadaan di bandar New Delhi masih terkawal – masih tidak terlalu ramai. Pendikit dipulas agar dapat bergerak secepat mungkin dengan melalui kawasan-kawasan kampung selama dua jam sebelum sampai di sebuah lebuhraya. Kumpulan terpaksa dibahagikan kepada dua, kumpulan laju (En. Foo, En. Keong, En. Lee, En. Ding dan isterinya, Ms. Affan) dan kumpulan perlahan (En. Lim, En. Franky, En. Timothy dan En. Eric).

“Dalam perjalanan yang sejauh 700 kilometer itu, kami dilanda ribut pasir yang sangat kuat. Keadaan yang terang benderang tiba-tiba berubah menjadi malam. Saya terpaksa memeluk tiang lampu manakala Franky dan jenteranya pula 'ditolak' ke tepi sebuah tebing, nasib baik ada besi pembahagi jalan.”

“Selepas cuaca kembali normal, kami menyambung perjalanan dan selepas satu jam perjalanan, kelihatan orang ramai sedang mengerumuni sesuatu menyebabkan hati saya berdegup kencang. Seorang anggota polis menahan saya dan katakan rakan kami telah kemalangan. Apa yang paling ditakuti ketika melakukan pengembaraan ini telah berlaku. Lee telah terlibat dalam kemalangan yang telah meragut nyawanya.”

“Kami terus cepat menyelesaikan segala masalah terutamanya dengan pihak berkuasa tempatan agar urusan kematian rakan kami disegerakan. En. Foo dan En. Keong membuat keputusan untuk tidak meneruskan pengembaraan. Bagi En. Ding dan isteri yang telah jauh ke hadapan, kami tidak lagi bertemu dengan mereka sehingga kami pulang ke Malaysia. Waktu itu, kami berdoa agar segalanya berjalan dengan selamat.”

Pemandangan yang menakjubkan.
Pemandangan yang menakjubkan.
Lebuhraya Karakoram hanya dikelilingi oleh batu-batu dan ais.
Lebuhraya Karakoram hanya dikelilingi oleh batu-batu dan ais.

Konvoi kini tinggal empat orang sahabat iaitu Lim, Franky, Timothy dan Eric. Disebabkan hari sudah malam, mereka tidak dapat tiba di sempadan dan terpaksa mendirikan khemah untuk bermalam. “Akhirnya dengan gembira sekali, kami tiba di sempadan India-Pakistan. Apabila pihak kastam mengetahui kesemuanya dari Malaysia, segala urusan di sempadan diselesaikan dengan sangat cepat.” Ini membuatkan En. Lim dan rakan-rakan gembira dan lega.

“Untuk tiba di sempadan China kami terpaksa meneruskan perjalanan sejauh 1,300 kilometer yang mempunyai jalan-jalan gunung-ganang. Kami dapat merasai melalui jalan bersejarah The Silk Road dan berkhemah di tepi-tepi laluan ini. Memang seronok... makan roti dengan kuah yang dimasak sendiri. Sedap!”

Umpama masuk ke dunia lain.
Umpama masuk ke dunia lain.

Di satu lokasi, kami dapat masuk ke sebuah bilik sewa yang selesa pada harga RM10. Lega! Sedang kami bersiap-siap untuk tidur, pintu bilik diketuk berkali-kali. Habis... mesti geng ISIS nak bunuh kami. Itulah yang terbayang dalam kepala kami berempat. Selepas membuka pintu, kami diarah keluar oleh seorang lelaki bersenjata api yang mempunyai tubuh yang cukup sasa.

Rupa-rupa mereka adalah anggota polis yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan kami. Oleh kerana tempat penginapan kami itu tidak begitu selamat, kami diminta untuk berpindah ke lokasi yang lebih baik.

Kerjasama yang padu antara rakan memudahkan segala urusan.
Kerjasama yang padu antara rakan memudahkan segala urusan.

“Bilik baru kami selesa dan sangat selamat. Polis-polis yang bertugas itu bukan setakat menjaga kami tapi termasuklah motosikal kami. Saya terjaga di tengah malam dan terus intai apa yang sedang berlaku di luar... mereka tidak tidur dan mengawal kami dengan baik sekali! Terima kasih polis... kami langsung tak jumpa mereka selepas itu.” RR

Bersambung....

Popular

  • Model Baru

    Rieju Xplora 557 dan 707, Model 'Crossover' Baru dari Sepanyol.

  • Dari Litar

    WorldSBK: Yamaha Pertingkatkan Prestasi Jentera, Jonathan Rea Dapat Ketua Krew Baru!

  • Warta Roda

    Lelaki Lemas, Motosikal Dihanyut Banjir

  • Model Baru

    Suzuki Malaysia Perkenalkan GSX-8R Baru. Harga asas RM53,800

  • Model Baru

    BENDA NAPOLEON BOB 500 - Sudah Berada di Pasaran, Harga Bermula RM27,888

Artikel berkaitan

Kembara Sampai ke Boten

Ride Sri Lanka - Berbelit Jalan Serta Lidah Nak Menyebutnya...

Kuching, Sarawak, Malaysia - Pontianak, Indonesia: 1000km Loop (Bahagian Akhir)

Kuching Sarawak Malaysia - Pontianak Indonesia: 1000km Loop (Bahagian 1)

Sabah 360 Ride 1,800KM Loop (Bahagian II)

Ride Berdua ke Siam

Sabah 360 Ride 1,800km Loop (Bahagian 1)

Ride Ihya Ramadhan TM Bikers Ke Gua Musang, Kelantan

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki Malaysia Perkenalkan GSX-8R Baru. Harga asas RM53,800

Suzuki Malaysia hari ini telah melancarkan model terbaru yang dinanti-nantikan, GSX-8R yang ditawarkan pada harga RM53,888 dengan 4 pilihan warna menarik.

Warta Roda

Penunggang Motosikal Nyaris Dihanyut Banjir

JITRA: Seorang penunggang motosikal berjaya diselamatkan orang ramai daripada dihanyutkan arus deras di Kampung Manggol, Malau.

Model Baru

Moto Morini X-Cape 700: Lebih Berkuasa, Lebih Anggun

Itali: Moto Morini memperkenalkan model terbaru iaitu X-Cape 700, pengganti kepada model X-Cape 650 yang diperkenalkan ke peringkat global tahun 2021 yang lalu.

Warta Roda

Warga Emas Meninggal Dunia Motosikal Dilanggar Dari Belakang

Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tengku Mizan, di sini pada Selasa.