Kembara Ke 5 Sempadan Negara (Malaysia, Thailand, Laos, Cambodia & Vietnam) - Bahagian 2
Hari 9 (Kampong Cham – Tay Ninh)
Bandar Kampong Cham agak besar dan mula menerima pengaruh moden, terdapat ramai pelancong barat di persekitaran bandar itu. Kami mencari jambatan buluh merentasi sebuah Pulau di Koh Pean. Pada asalnya ia digunakan sepenuhnya oleh kenderaan. Namun pada masa kami sampai sudah terdapat jambatan moden telah siap, manakala jambatan buluh hanya ditinggalkan untuk pelancong dan pejalan kaki sahaja.
Saya sempat menemuramah seorang pakcik yang agak berusia, iaitu Musa Mohomad, 85 tahun, seorang imam masjid di Jiro, tidak jauh dari Kampong Cham. Menurutnya, kebanyakan penduduk islam di sini berada pada paras miskin. Manakala sistem pendidikan sekarang semakin baik dan pelajar sudah boleh bergaul sesama mereka tanpa memandang bangsa dan agama. Ada yang memegang jawatan penting di kerajaan.
Kami berkesempatan singgah di Madrasah belakang masjid utama Kampong Cham. Kami disambut riang dan gembira oleh para pelajar di Madrasah. Begitu juga tenaga pengajar di situ yang sanggup keluar dan meluangkan masa bersama kami. Madrasah itu adalah hasil pemberian Malaysia, manakala masjid besar yang baru siap dibina adalah hasil dari bantuan pelbagai negara jiran antaranya Malaysia, Brunei, Singapura dan kerajaan tempatan.
Perjalanan hampir 90km ke sempadan Vietnam iaitu di Xa Mat amat teruk selain permukaan jalan yang rosak, juga dipenuhi dengan kenderaan berat, kadangnya merangkak mengekori kobuta yang penuh muatan.
Dari maklumat yang kami terima, sememangnya motosikal berkuasa tinggi mahupun RXZ tidak dibenarkan melintasi ke Vietnam. Kami mengutip pelbagai maklumat dan merumuskan untuk berpecah dua kumpulan. Moga-moga kumpulan kecil dan membuat muka kesian sepenuhnya, demi untuk satu percubaan.
Saya dan Badus yang menunggang GS800 cuba memasuki Jambatan Buloh yang merentasi Sungai Mekong. Bersedia untuk lompat! dahulu sempadan. Malangnya kami disapa oleh pegawai bertugas agar bertanya dengan pegawai Vietnam terlebih dahulu sama ada kami boleh atau tidak untuk memasuki Vietnam dengan motosikal ini. Selesai seisi pujuk rayu, jawapannya TIDAK. Kami memaklumkan pada dua di belakang bahawa percubaan gagal. Hanya motosikal cub sahaja dibenarkan, manakala skuter juga tidak dibenarkan.
Kami berpatah hampa dan menemui semula mereka. Tiba masa mereka mencuba Ajis dengan RXZnya dan Farouk bersama Y15. Setelah 1 jam, sempat kami tidur di teduhan bangunan berhampiran pos imigresen Cambodia itu, saya terlihat mesej di ‘group whatsapp’ antara kami bahawa mereka telah berjaya ke Vietnam. Saya berbincang dengan Badus untuk turut mengikuti mereka ke bandar Tay Ninh.
Oleh kerana mereka meninggalkan kami, terpaksa berusaha sendiri bagaimana meletak dan menyimpan motosikal dengan selamat, dan bagaimana pula untuk sampai kepada mereka. Mereka hanya Google sebuah hotel dan meletakkan alamat pada mesej terakhir. Kami terputus hubungan seketika, masing -masing sudah tiada line internet. Sebaik kami melepasi semua urusan imigresen, kami terus bertanya ada teksi atau bas ke bandar Tay Ninh. Lebih dua jam dan kami sampai di lokasi. Rupanya bayaran pengangkutan kami berdua sejauh 42km itu adalah USD 20 untuk berdua. Memandang agak jauh dan mereka pulang kosong. Kami rasakan berbaloilah. Kesian lagi tengok pakcik yang rasanya berusia 60 tahun itu masih gigih mencari rezeki.
Tiada restoran halal di sini, sudah pasti lebih-lebih lagi Tay Ninh bukanlah sebuah bandar pelancongan. Kami mengambil keputusan untuk dua malam di Hotel ini, dan bergerak ke Ho Chin Minh berpasangan dua motosikal. Malam itu ke pasaraya mendapat makanan segera Lotteria dan memesan Burger Ikan. Sedap lagi lazat.
Hari 10 (Tay Ninh – Ho Chi Minh – Tay Ninh)
Sebut pasal Vietnam, atau khususnya Ho Chin Minh, sudah membayangkan kebanjiran motosikal cub yang padat dan berserabut. Pada rancangan awal, kami bercadang menyewa sebuah kereta berpemandu atau van untuk membawa kami ke lokasi Chu Chi Tunnel dan bandaraya Ho Chin Minh. Akhirnya kami memberanikan diri untuk merasai dan ‘menikmati’ menunggang sendiri motosikal di bandar Bergambar di hadapan kereta kebal buatan tangan. Antara Torpedo yang digunakan dalam peperangan. Pintu masuk ke terowong, kalau badan besar mungkin tidak muat. Pengalaman dalam terowong bawah tanah hasil daripada peperangan antara Vietnam dan Amerika. Gerai minuman santai! pesat Ho Chin Minh.
Lawatan ke Chu Chi Tunnel melalui jalan kampung bebas dari kesesakan. Sebaik sahaja melangkah masuk perkarangan dan merasai sendiri masuk terowong bawah tanah hasil dari peperangan antara Vietnam dan tentera Amerika. Melihat pada gambaran di galeri Chu Chi Tunnel betapa hebatnya masyarakat Vietnam bersatu padu mempertahankan negara dari jajahan Amerika yang pastinya pada ketika itu jauh lebih berteknologi dari Vietnam.
Cabaran bermula sebaik sahaja kami hampir tiba di pinggiran bandar Ho Chin Minh, ternyata ia semakin sibuk dan rumit. Kami dapati, laluan motosikal di sini hampir sama besar dengan laluan kenderaan empat roda, adakala lebih besar… hmmm.
Membayangkan jumlah motosikal di bandaraya ini. Namun begitu apa yang boleh dibanggakan adalah had kelajuannya, hampir semua motosikal akan mematuhi had laju menurut keadaan setempat antara 40-50km/j sahaja. Semakin ke tengah pusat bandar, keadaan semakin pincang dan serabut.
Kami jumpa Restoran Kampung Pandan, semestinya milik rakyat Malaysia. Ya pemiliknya berasal dari Pulau Pinang, Encik Aziz yang telah lama menetap di bandar padat itu. Terdapat sebuah pasar yang terkenal di kotaraya itu, iaitu Cho Ben Thanh market di mana kebanyakan perempuan yang menjualkan kain di situ boleh berbahasa Melayu dengan baik malah ada yang fasih sehingga terasa macam berada di Malaysia pula. Tambahan pula terdapat ramai pelancong dari Malaysia.
Hari 11 (Tay Ninh – Kampong Chinnang)
Sarapan seawal mungkin di hotel, makan sebanyak mungkin… itu kembara sebenarnya…hahaha. Macam nak bungkus ikat tepi pun ada.
Sebaik sahaja memasuki kawasan pos imigresen Vietnam, enjin motosikal perlu dimatikan dan ditolak sehingga ke pos untuk proses mengecop passport. Selepas itu tolak lagi sehingga keluar daripada pagar pos Vietnam. Kenapa? Tak pasti pula. Ikut sahajalah asalkan segala berjalan lancar. Pos kecil Cambodia juga tidak mengalami masalah. Cop dan serahkan ‘white card’. Selesai… Tam Biet Vietnam (selamat jalan).
Kami pergi mendapatkan dua motosikal GS yang diletak di hotel Casino tidak jauh di hadapan. Ketua Pengawal Keselamatan di hotel tersebut amat baik dan ramah sekali. GS keluar dari tempat simpanan, siap berantai tu, terasa dihargai dan keselamatan terjamin. USD5 dikenakan setiap motor, sangat berbaloi untuk 3 hari 2 malam.
Dari sempadan jam 10.00 pagi kami meneruskan route 7 antara laluan utama yang boleh sampai ke Phnom Penh, bagaimana pun kami membatalkan hasrat untuk singgah di ibu negara, terasa sangat malas untuk mengharungi bandar tambahan pula suhu semakin panas, matahari begitu garang pada tengahari ke petang itu.
Laluan menuju dan berhampiran Phnom Penh begitu sibuk, banyak kenderaan berat menggunakan laluan, terdapat semakin banyak kawasan perusahaan Air tebu di Vietnam memang rasa berbeza. Serpihan bom yang dikumpul semula. Kehidupan dalam bot masih terdapat di Cambodia. Sungai Mekong Cho Ben Thanh market antara pasar yang mendapat sambutan pelancong dari Malaysia. membayangkan bahawa suatu masa nanti, Cambodia pasti membangun, kelihatan jenama luar sudah mula mendirikan kilang-kilang di sekitar kawasan perusahaan Phnom Penh. Sempat berhenti menikmati nenas manis, bukan satu atau dua biji, malah empat biji nenas. Air entah berapa botol, tak pasti kenapa begitu penat hari ini. Di sebuah gerai buah tepi jalan itu kami berhenti hampir sejam.
Sepuluh kilometer menghampiri Kampung Chinnang, kami singgah di stesen petrol mengisi penuh untuk meneruskan perjalanan ke Barat, kami disapa oleh seorang warga Cambodia yang pernah bekerja di Malaysia beberapa tahun sebelum pulang ke tanahair membuka sebuah perniagaan runcit kecil-kecilan berhampiran dengan stesen minyak tersebut.
Dia hanya menggelarkan namanya Mat berusia awal 30an, Mat lantas menunjukkan surau kepada kami tidak jauh dari situ. Kami dapati sepanjang kawasan laluan ini ramai penduduk islam kerana terdapat banyak surau dan masjid di sepanjang jalan. Namun menurut Mat Kampung Cham mempunyai penduduk islam yang lebih ramai.
Kami tidak melepaskan peluang untuk menghampiri rumah keluarga Mat yang hanya terletak di belakang kedai runcitnya apabila dia bersungguh menjemput. Kami berpakat agar keluarga Mat boleh menyediakan makan malam kami pada senja itu, secara ringkas dan cara tempatan. Kami pesan macam restoran pula, kami minta apa yang ada sahaja… bukan percuma tau, memang kami menerangkan pada Mat, sekurangkurangnya kami dapat menikmati apa yang asli dari dapur muslim Cambodia.
Wah! Daging salai masak lemak seperti berebung, telur dadar, ikan segar haruan goreng dan nasi. Isk, isk, selera jangan cakap, enak jangan sebut… Terima kasih Mat dan keluarganya. Kami terus terang, kalau kami ke Cambodia lagi, kami akan singgah tau… Nak pesan seumpamanya.
Hari 12 (Kampong Chinnang – Chantaburi)
Kemudahan google digunakan untuk mencari masjid, sudah pasti ada makanan halal berdekatan. Seorang insan bernama Long Ibrahim yang membawa kami ke tempat tersebut. Perkena Maggi Goreng Daging bak angg, telur dadar dan telur mata siap, gelojoh betul kami pagi tu.
Tiada persinggahan rasmi seterusnya hinggalah ke sempadan selain memenuhkan petrol dan meneguk air yang dingin setiap kali berhenti, perjalanan ke sempadan semakin teruk dan berdebu. Kami berusaha untuk sampai sebelum matahari terbenam, kerana pada perancangan awal kami sepatutnya bermalam di Pattaya sejauh hampir 260 kilometer lagi dari sempadan. Hmm boleh ke??
Agak kusut sedikit urusan di sempadan, terutama Hidangan tempatan yang lazat! Bergambar kenangan bersama keluarga Mat. Sangat segar buah-buahan di sini. Restoran yang dimiliki rakyat Malaysia di bandar Ho Chin Minh. Hanya diperbuat daripada tayar terpakai. Suasana seakan 30 tahun ke belakang. di pos imigresen Thailand, yang kami tak faham, pejabat Kastam untuk kami isi borang export/import terletak sangat jauh dengan pos imigresen. Agak lama berjalan kaki. Sebenarnya sempadan ini bukanlah sempadan utama kedua negara. Mungkin kerana ia sempadan kecil yang jarang digunakan oleh pengembara dari luar.
Matahari sudah terbenam 6.30 petang barulah selesai untuk bergerak menuju ke Pattaya. Hujan menimpa kami tidak lama kemudian memaksa kami berhenti di sebuah stesen minyak yang separuh siap. Hujan sangat lebat dan lama, perut pula sangat lapar, tiada kedai di persekitaran. Kedai serbeneka stesen ini masih belum dibuka. Hampir 2 jam kami terkandas di sini.
Hujan reda kami berpatah balik kerana kelihatan stesen petrol yang mempunyai kedai serbaneka untuk kami mengalas perut sebelum meneruskan perjalanan pada ketika itu menunjukkan jam 11 malam.
Kami tidak tahu hadapannya, cuma berharap hotel atau penginapan tidak jauh. Untuk ke Pattaya sudah pasti TIDAK. Lebih kurang jam 12.30 tengah malam barulah kami bergerak, selepas jarak 41 kilometer baru berjumpa sebuah bandar Chantaburi dan menginap di sebuah hotel butik yang kemas sekadar RM80 siap sarapan ringkas. Antara paling lewat kami ‘check-in’ hotel iaitu pada jam 2 pagi.
Hari 13 (Chantaburi – Pattaya)
Sebelum kami check out, sempat berborak mesra dengan Sters, seorang bekas tentera dari negara Croatia yang menginap hotel yang sama. Kini dia seorang komposer muzik di Croatia, manakala isterinya seorang chef berasal dari Thailand. Setiap kali tiba musim sejuk, mereka akan bercuti ke negara Asean terutama di Thailand. Isterinya suka teroka sesebuah kawasan untuk mendapatkan bahan serta resepi baru untuk masakannya.
Kami menuju ke Pattaya melalui laluan tepian pantai. Walaupun agak jauh perjalanan, kami dapat melihat keindahan semulajadi dan menikmati sebuah pengembaraan, bukannya mengejar destinasi. Jalan raya tidaklah begitu luas dan begitu lenggang, ebih lagi bukanlah hari cuti. Panaroma sepanjang laluan ke Rayong sangat mendamaikan, sempat singgah menikmati teh dan kopi di sebuah gerai tepi pantai.
Selepas check-in di hotel Queen Pattaya RM90 sebilik (masih murah bagi sebuah bandar pelancongan), kami kelaparan dan terus ke restoran tidak jauh daripada hotel. Masih senang untuk menjumpai makanan halal kebanyakan terdiri dari restoran Arab, Pakistan atau India. Terdapat sebuah night bazaar yang besar dan meriah di sana, cuma kepenatan kami melebihi segalanya ketika itu.
Hari 14 (Pattaya – Bangkok) 164km
Tak jauh, tapi mencabar… Selepas ‘checkout’, dengan cuaca amat panas, perjalanan ke Bangkok bermula. Dalam benak fikiran kami, nampak sugul dan bosan. Tak seronok untuk hadapi kesesakan. Bangkok…. antara negara besar mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan tahap kesesakan jalan raya sangat teruk.
Memang tinggi-tinggi rumah yang terdapat di Cambodia. Pelbagai jenis kopi dijual di sini. Bergambar dulu sebelum bergerak. Kami tidak pasti sama ada motosikal boleh melalui ‘Sky Way’ iaitu Lebuhraya Bertingkat sepanjang puluhan kilometer itu terus ke pusat bandar Bangkok. Singgah sebentar di sebuah kemudahan dan infrastruktur ‘Sky Ride’ iaitu sebuah kawasan yang disediakan kepada penunggang basikal mempunyai laluan basikal yang teratur dan moden sejauh 23 kilometer untuk satu pusingan. Kami memperhatikan, kebanyakan mereka pulang dari bekerja, bersalin pakaian dan berkayuh bersama rakan, menikmati petang dengan cara sihat, sementara menanti kesesakan sedikit reda. Terdapat kemudahan café dan restoran kepada pengguna Sky Ride, satu kemudahan yang baik untuk dipraktikkan di Kuala Lumpur sedikit masa nanti.
Tiga jam kami berehat di sana, bukan penat, tetapi mengambil pendekatan masa, agar kesesakan untuk masuk kotaraya Bangkok sedikit pulih. Jam 9 malam kami bergerak semula tetapi sebenarnya masih sesak. Saya dan Badus yang mempunyai tong sisi, amat merimaskan, seringkali dua penunggang bermotosikal Y15 dan RXZ itu hilang dari pandangan kami.
Kami sampai destinasi akhir pada malam itu jam 10 malam. Bermalam di Chilli Hostel ala backpackers, terletak di celah-celah lorong kecil, hanya boleh dilalui oleh motosikal. Oleh kerana ingin berjimat selain merasai kelainan di kotaraya ini, redah jugalah celah lorong melalui belakang bangunan yang sempit tidak teratur. Hostel dan persembahan dalaman amat menarik dan bersahaja. Bilik sangat sempit, kadar RM70 semalam.
Sepatutnya kami keluar semula untuk makan malam tetapi semua tertidur kerana keletihan.
Hari 15 (Bangkok- Train – Hatyai)
Kami tidak membuang masa untuk terus ke stesen keretapi Hua Lampong yang hanya beberapa minit dari kawasan hostel dan tempat kami bersarapan. Kami tidak akan menunggang selepas ini dari Bangkok ke Hatyai, sebaliknya menggunakan khidmat pengangkutan keretapi. Stesen Hua Lampong iaitu stesen utama Bangkok, pada pemikiran saya dapat merasakan kemodenan lebih-lebih lagi dengan jumlah kepadatan penduduk bandaraya itu. Rupanya tidak. Saya kagum melihat stesen tersebut, ia kelihatan klasik dan kelihatan seakan tahun 80an lagi. Namun dari segi saiznya, ia agak besar dan masih mampu menampung keperluan pengguna.
Tiket untuk motosikal kecil adalah 1000 Baht, manakala yang ber‘cc’ besar 1680 Baht. Bagi penumpang siap dengan katil berharga 1000 Baht. Berbaloi rasanya berbanding untuk meneruskan bermotosikal ke Hatyai sejauh hampir 1000 km jika dikira masa, makan dan hotel.
Jadual bertolak kami adalah jam 2.45 petang dan akan sampai sekitar jam 7 pagi keesokan harinya iaitu 18 jam perjalanan. Motosikal atau kargo tidak bersama jadual kami, ia akan menggunakan khidmat keretapi selepas jam 3.15 petang, bernasib baik kerana motosikal kami akan sampai sekitar jam 8 ke 9 pagi di Hatyai. Kalau kena sehari lewat… Hmmm, harus pastikan betul-betul jadual kepada mereka yang ingin menggunakan cara ini.
Seronok pula hidup dalam keretapi berhawa dingin dan moden. Katil hanya akan dibuka pada jam 6.00 petang ke atas. Pemandangan melepasi bandaraya Bangkok dan selepasnya melalui perkampungan dan sawah-sawah padi yang indah, tambah pula waktu senja yang menggamit pandangan di luar jendela, ia seakan siaran langsung televisyen yang sedang menayangkan sebuah perjalanan yang hidup.
Tandas ala kapal terbang, kafe sangat selesa dibuka sehingga jam 10 malam. Yang mana perokok tegar tu…..memang jem sikit laaa. Kena tunggu keretapi berhenti lama 5 minit di stesen-stesen utama. Tidur di atas katil sangat selesa, lebih-lebih lagi setiap unit katil dilengkapi dengan soket kuasa, sesuai untuk mengecas smart phone atau gajet-gajet untuk kita menghabiskan waktu sebelum dapat tidur. Saya tidur lena dibuai mimpi bermotosikal dalam kepanasan 1000 kilometer ke Hatyai… hahaa…
Hari 16 (Hatyai – Kuala Lumpur)
Tiba di Hatyai sekitar jam 7.00 pagi, bersarapan di restoran halal berhawa dingin di stesen keretapi sesuai untuk melepas sejam dua sebelum menanti motosikal kami tiba… Perasaan semakin sayu sebaik sahaja menerima motosikal kami dalam keadaan yang selamat. Hanya tinggal saki baki 500 kilometer untuk kami sampai ke Kuala Lumpur. Setelah melalui hampir 5,940 kilometer (termasuk perjalanan keretapi) selama hampir 16 hari berkembara, melalui hampir 16 pos imigresen merentasi 6 negara dengan pelbagai budaya dan mengharungi bermacam cabaran, saksi pelbagai nikmat keindahan alam ciptaNYA, kami sebenarnya… merindui MALAYSIA. RR
- Sheikh Fadzli Saleh
Popular