Isu Terkini

Julai 2024

Kembara / 9 Mac 2021

Pengembaraan Sekeluarga Ke Sempadan Indochina

Pastinya mengembara bersama keluarga adalah aktiviti yang sangat bermakna. Segala pengalaman, cabaran dan kemanisan berkeluarga dapat dinikmati bersama. Ini juga merupakan masa terbaik untuk mendewasakan anak-anak kita dengan lebih cepat tentang erti kemanusiaan. Itulah yang berjaya dilakukan oleh duta jenama SYM dan pengembara tegar, Rusli Osman yang telah berjaya mengembara ke enam sempadan Indochina bersama-sama isterinya, Yong Suzi dan anak mereka, Yong Sofea yang berusia 13 tahun.

Dalam perjalanan penuh getir ini, Rusli telah menunggang sebuah skuter SYM200 manakala Yong Suzi pula memacu sebuah SYM Sport Rider 125i. Menurut Rusli, setiap penunggang yang ingin mengembara dengan bermotosikal perlu membuat persediaan yang rapi. Ini bukan hanya pada ketahanan fizikal dan kekuatan kewangan tetapi meliputi insurans pelancongan, mendapatkan surat sokongan daripada kedutaan negara, dokumen pendaftaran, bekalan ubat-ubatan dan semestinya pemeriksaan enjin jentera yang bakal digunakan.

Perjalanan tiga sekeluarga ini bermula dari ibu pejabat SYM di Pulau Pinang menuju ke Thailand. Oleh kerana Rusli dan Yong telah beberapa kali bermotor ke Thailand dan Myanmar, perjalanan tidaklah begitu sukar. Sepanjang perjalanan di Thailand, Rusli, Yong Suzi dan Yong Sofea telah melalui dan singgah ke beberapa destinasi menarik seperti di Hua Hin, Teluk Siam, Pattaya, Koh Khong Phnom Penh di Kemboja, Moc Bai di Vietnam, Siem Reap melalui Wats Kemboja, Udonthani, Kho Kao, Myawaddy di Myanmar dan berkesempatan meraikan pesta durian di Kanchanaburi. Dengan kecekalan dan disiplin yang tinggi, tiga sekeluarga ini berjaya tiba di destinasi dengan selamatnya.

Purata jarak perjalanan harian yang dilakukan oleh Rusli dan keluarganya ialah sekitar 310 kilometer. Namun begitu, antara perjalanan harian paling jauh yang berjaya direntasi oleh ketiga-tiga sekeluarga ini ialah di Khuan Khanun – Chumpon – Prachuap - Hua Hin yang sejauh 653 kilometer, River Kwai – Petchaburi – Cha Am – Hua Hin – Prachuap – Chumpon yang berjarak 508 kilometer dan dari Chumpon ke Dannok sejauh 553 kilometer.

“Ketika di Thailand, kami dapat melihat keunikan Mae Khlong Railway Market, sebuah pasar yang terletak di tengah-tengah jalan keretapi. Setiap kali keretapi tiba, para peniaga di sini akan mengangkat/mengubah khemah mereka dengan pantas untuk seketika dan kembali berurusan seperti biasa sebaik sahaja keretapi berlalu,” cerita Rusli.

Antara pengalaman getir yang terpaksa ditempuhi ialah ketika berada di Kampung Cham. Rusli dan Yong Suzi terpaksa merentasi ‘lebuhraya' tanah merah yang sukar selama empat jam. Mereka juga dapat menikmati keajaiban dunia terutamanya ketika berada di Magic Hill, Mae Sot, Thailand. Tempat ini juga digelar kawasan 'graviti-ingkar' yang mempunyai daya tarikan graviti luar biasa dan medan elektromagnet yang mampu menarik hampir apa sahaja ke bahagian atas kawasan gunung tersebut. Motosikal Rusli dapat bergerak dengan sendirinya tanpa perlu menghidupkan enjin dan dia juga sempat menguji tarikan ini dengan botol mineral yang dibaringkan. Ia berputar-putar dan bergerak dengan sendirinya.

Ketika menyusuri kawasan pergunungan Tub Berk, perjalanan mereka bertiga bukan hanya diuji dengan jalan-jalan yang berselekoh tetapi juga dengan suhu yang sudah menurun ke 10 darjah celsius sahaja. Dia dan keluarga bermalam di sini agar dapat menikmati keindahan pemandangan matahari terbit di Heaven Hill yang ketika itu berada di dalam suhu sekitar 5-7oC sahaja.

Rusli, Yong Suzi dan Yong Sofea cukup bernasib baik kerana tiba di Kanchanaburi tepat pada masanya. Selain dapat berkunjung ke Landasan Keretapi Maut yang terkenal itu, mereka bertiga berpeluang meraikan pesta River Kwai yang cukup meriah.

“Menunggang di Kemboja paling mencabar kerana sistem jalanrayanya yang berbeza. Mereka memandu di sebelah kanan dan perlu bersedia untuk itu. Saya mengambil masa beberapa minit untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini. Pakaian yang lengkap seperti jaket, sarung tangan, topi keledar dan jenis kasut juga sangat penting dalam suatu pengembaraan,” kata Rusli.

Dari segi penginapan dan makanan, Rusli mencadangkan agar mereka yang ingin mengembara membuat tempahan dengan lebih awal. Perjalanan ke setiap destinasi juga perlu diatur agar tiba ke setiap destinasi sebelum hari gelap.

Menurut Yong Sofea, pengembaraan bersama ayah dan ibu memang cukup seronok dan mencabar. Tahap kesihatan fizikal amat penting dalam perjalanan seperti ini kerana destinasi yang dikunjungi jelas amat berbeza dari semua segi dengan keadaan di Malaysia.

“Pengembaraan kami cukup bererti kerana menunggang dua buah jentera SYM yang berprestasi tinggi. Skuter maksi SYM VTS200 mempunyai ruang barang yang luas, enjin yang berkuasa dan sangat sesuai ketika berada di jalanan biasa manakala pencapaian model SYM Sport Rider 125i sememangnya cukup memberangsangkan. Enjinnya yang lengkap dengan sistem pancitan bahan api (EFI) memberikan hantaran kuasa yang mantap untuk tunggangan solo mahu pun berdua. Ketika tiba di jalan berbatu, tanah merah dan kawasan berbukit, sistem saspensi jentera ini memainkan peranan yang penting untuk menyerap segala hentakan dengan baik sekali,” jelas Rusli.

Perjalanan tiga sekeluarga ini mengambil masa selama 16 hari yang merangkumi enam buah sempadan iaitu Malaysia, Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos dan Myanmar dengan jarak perjalanan sejauh 6,011 kilometer. Rusli juga berjaya membuktikan keupayaan jentera SYM untuk dijadikan teman dalam suatu pengembaraan jauh. Bak slogan mereka.... “CC bukan ukuran, KM bukan halangan dan Harga bukan bandingan.RR

Isu Pada

Mac 2017

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Kembara Sampai ke Boten

Ride Sri Lanka - Berbelit Jalan Serta Lidah Nak Menyebutnya...

Kuching, Sarawak, Malaysia - Pontianak, Indonesia: 1000km Loop (Bahagian Akhir)

Kuching Sarawak Malaysia - Pontianak Indonesia: 1000km Loop (Bahagian 1)

Sabah 360 Ride 1,800KM Loop (Bahagian II)

Ride Berdua ke Siam

Sabah 360 Ride 1,800km Loop (Bahagian 1)

Ride Ihya Ramadhan TM Bikers Ke Gua Musang, Kelantan

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Perkenalkan Panigale V2 & Streetfighter V2 Baru di Milan

Seperti biasa, Ducati memilih pameran motosikal antarabangsa EICMA untuk melancarkan Panigale V2 dan Streetfighter V2 yang memiliki ketangkasan dan kemantapan prestasi untuk tunggangan di jalanan biasa mahupun di litar.

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Model Baru

MODENAS Eliminator dilancarkan di MotoGP Sepang 2024. Harga asas dari RM30,100

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) memilih hari cukup sempurna bersempena 'pesta' MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang untuk melancarkan model terbaru, MODENAS Eliminator.