Isu Terkini

Julai 2024

Kembara / 10 Disember 2022

Konvoi Honda Klasik 1000KM Dari Kuala Terengganu Ke Hatyai

Pada tanggal 31 Ogos 2022, sekumpulan Honda C70 berjumlah 10 buah unit telah melakukan konvoi dari Kuala Terengganu Ke Hatyai sejauh 1,000 kilometer. Konvoi ini juga dianjurkan bersempena dengan '10th Anniversary' Kelab Honda Klasik Kuala Terengganu.

Perjalanan penuh cabaran ini ketuai oleh President Kelab Pemilik Motosikal Honda Klasik Kuala Terengganu, Muhammad Syafiq Suresh serta sembilan orang ahli kelab lain yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa.

Kami mulakan perjalanan selepas solat subuh menuju ke Sungai Golok, Thailand untuk urusan Cop Passport dan proses kemasukan kenderaan ke Thailand. Urusan ini mengambil masa sekitar dua jam kerana ia adalah hari cuti umum (Hari Kebangsaan). Selesai segala urusan, kami disambut oleh Polis Pelancong Thailand dan Kelab Motosikal Klasik Sungai Golok Thailand. Sebelum ke Hatyai, kami berhenti seketika untuk mengisi perut dan membuat penukaran wang,

Pada jam 3.00 petang, motosikal kembali berderum dan kali ini diiringi oleh Abang Mat Retro dari Kelab Klasik Sungai Golok sehinggalah tiba di Persimpangan Lamphu Narathiwat. Kami teruskan perjalanan ke Hatyai melalui Pattani.

Jutaan terima kasih kepada Kelab Klasik Thailand yang sentiasa menunggu hampir di setiap stesen minyak. Dapatlah berehat sambil bertanya khabar dan menampal stiker sebagai tanda persahabatan Malaysia dan Thailand. Berkat pengalaman dan kesabaran semua ahli, konvoi tiba di bandar Hatyai pada jam 8.30 malam (Waktu Malaysia). Lebih membanggakan, perjalanan yang ditempuhi sangat lancar, tanpa sebarang kerosakan walaupun kecil. Kami berehat pada malam pertama di Hotel Centre Mansion Hatyai.

Hari Kedua 1 September 2022

Pagi-pagi lagi kami dah bergerak ke Pantai Songkla dan sudah pasti untuk melihat dan bergambar kenangan dengan 'Ikan Duyung' di Pantai Samila. Memang unik dan menjadi kemestian buat para pelancong untuk berada di sini.

Di sebelah petang, kami bergerak ke Pasar Besar Hatyai (Central Market Hatyai) untuk membeli sedikit cenderahati buat keluarga dan sahabat. Pada sebelah malam kami ronda-ronda pasar malam di kawasan Lee Garden. Kalau dah sampai sini, wajiblah rasa masakan asli orang Thailand. Memang sedap betul!

Hari Ketiga 2 September 2022

Konvoi meninggalkan Hatyai jam 9.00 pagi (waktu Malaysia) menuju ke Sungai Golok melalui Pattani dan Narathiwat. Kami berhenti di Stesen Minyak PTT Pattani untuk makan tengahari. Perjalanan lancar dan dapat sampai di Sungai Golok lebih kurang pada 4.30 petang (waktu Malaysia). Selepas 'check -in' di Venice Palace Hotel, Sungai Golok, kami lakukan pemeriksaan motor oleh mekanik kelab.

Hari Keempat 3 September 2022

Saya (penulis) mewakili kelab kedua buah Pusat Tahfiz untuk menghantar sumbangan. Pusat Tahfiz pertama ialah Madrasah Tahfizul Quran Darussalam Sungai Golok diikuti Pusat Tahfiz Kedua Darul Quran Wa Ulumuddin Al Hasaniah.

Perasaan kami cukup gembira kerana diberi peluang bersama pelajar tahfiz dan berkongsikan sumbangan yang bagi kami ia tidak sebesar mana tetapi ia amat besar buat anak-anak di sana. Selesai majlis di sana, kami bergerak balik ke hotel untuk makan, solat dan bersiap terus ke sempadan untuk pulang Malaysia.

YB Sungai Golok, Amin Hj Daud menghantar kami balik ke pintu sempadan walaupun memahami beliau sangat sibuk dengan pelbagai urusan tetapi masih dapat meluangkan sedikit masa buat kami. Selesai segala urusan passport dan kastam, kami keluar ke Rantau Panjang untuk menyambung perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. Kami selamat sampai pada jam 9.00 malam dengan iringan para marshall serta AJK Kelab Honda Klasik Kuala Terengganu dari Jerteh.

Syukur pada yang Esa, kami dapat sempurnakan perjalanan sempena 10 tahun penubuhan kelab dengan jarak perjalanan sejauh 1,000 kilometer dengan 10 orang ahli kelab.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y.A.M Tengku Sri Temenggong Raja Terengganu Dato Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Penaung Kelab Pemilik Honda Klasik Kuala Terengganu), Dato Seri Ahmad Razif Bin Abdul Rahman, Amin Hj Mat Daud (Sungai Golok Thailand), Eddy (Sungai Golok Thailand), Abang Mat Retro (Sungai Golok Thailand), PDRM Terengganu, JPJ Terengganu, JPJ Kelantan, Kastam Diraja Malaysia, serta semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung.

InsyaAllah kami akan meneruskan penganjuran konvoi dari Kuala Terengganu ke Bangkok yang sejauh 2,500 kilometer pada masa akan datang. Doakan kami! RR

Oleh: Muhammad Syafiq Suresh

Isu Pada

Disember 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Kembara Sampai ke Boten

Ride Sri Lanka - Berbelit Jalan Serta Lidah Nak Menyebutnya...

Kuching, Sarawak, Malaysia - Pontianak, Indonesia: 1000km Loop (Bahagian Akhir)

Kuching Sarawak Malaysia - Pontianak Indonesia: 1000km Loop (Bahagian 1)

Sabah 360 Ride 1,800KM Loop (Bahagian II)

Ride Berdua ke Siam

Sabah 360 Ride 1,800km Loop (Bahagian 1)

Ride Ihya Ramadhan TM Bikers Ke Gua Musang, Kelantan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pos Malaysia Terima 1,092 Jentera Elektrik, MEV-1 Pro dari MODENAS

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) sehingga kini telah pun menyerahkan sejumlah 1,092 unit motosikal elektrik iaitu MEV-1 Pro khusus kegunaan pihak Pos Malaysia Berhad.

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Dari Litar

CP125: Syamil Akan Raikan Gelaran Juara Lebih Awal Jika Menang Hujung Minggu ini?

Gelaran juara keseluruhan CP125 buat pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - 31 Racing, Md Syamil Amsyar semakin cerah.

Warta Roda

Kemalangan Maut Motosikal Akibat Langgar Kerbau

Perjalanan seorang pengawal keselamatan ke tempat kerja bertukar tragedi apabila motosikal ditungganginya terlanggar seekor kerbau.