Isu Terkini

Julai 2024

Kembara / 1 Mei 2022

Projek Menawan 5 Puncak Bersama Vexcom

Pada 10 Mac hingga 12 Mac 2022, Kelab permotoran VEXCOM (Versys X Community Malaysia) telah menganjurkan satu projek cabaran 'MENAWAN 5 PUNCAK' yang terdiri daripada destinasi tanah tinggi popular iaitu Genting Highlands, Fraser’s Hill, Cameron Highlands, Banjaran Titiwangsa dan puncak Wang Kelian.

Ride yang mencabar ini disusun oleh penyelaras projek iaitu En. Mohd Faisal Hj Zakaria dibantu oleh En Shahirul Nizam Salamun (Presiden VEXCOM) dan disokong penuh daripada para AJK wajib iaitu En Muhd Qais Mohd Noor, Muhammad Aminuddin Rusli, Mohd Husni Razali, Safri Zulkifli dan Bastian Baharudin. Misi ini dibuka hanya kepada pemilik Kawasaki Versys X 250 sahaja.

Melihat keadaan cuaca dan pandemik yang menunjukkan ke arah positif membuatkan VEXCOM bersetuju melaksanakan projek ini untuk seramai 30 peserta. Segala keperluan dan persiapan telah dibuat secara rapi. Di samping itu juga VEXCOM mendapat penajaan dari GIVI Asia dan BHPetrol.

10 Mac 2022. Lokasi: BHP Gombak/Karak

Jam 7.30 pagi. Kesemua peserta berkumpul untuk acara Flag-Off yang disempurnakan oleh pihak BHPetrol menerusi Pengurus Besar Bahagian Pemasaran iaitu En. Lawrence Chuah.
Konvoi terus bergerak untuk upacara Flag-Off kedua bersama-sama pihak GIVI Asia yang bertempat di R&R Genting Sempah.

Konvoi sampai di lokasi tersebut lebih kurang pada pukul 8.30 pagi. Wakil GIVI MALAYSIA iaitu Mr Surasharau a/l Ramakrishnan dan Pn Nur Aina Syahirah Kamarudin yang telah meluangkan masa menjayakan acara ini. En Mohd Faisal Hj Zakaria memberi taklimat perjalanan penuh kepada kesemua peserta diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Razis Shanisi.

Kira-kira jam 9.00 pagi konvoi dilepaskan menuju ke check point puncak pertama iaitu Genting Highlands. Dengan struktur jalan raya yang berliku dan laluan mendaki, ia tidak memberikan sebarang masalah buat para peserta mengendalikan jentera masing-masing dengan selamat. Akhirnya peserta sampai ke lokasi pada jam 10.00 pagi.

Suasana dingin berkabus menemani para peserta semasa dalam perjalanan. Lokasi yang dipilih untuk berkumpul dan bergambar ialah stesen minyak Petron, Genting Highlands memandangkan kawasan di situ lapang dan tidak mengganggu lalu lintas. Ini juga masa terbaik buat para peserta mengambil peluang untuk menikmati suasana alam yang sejuk dan menyegarkan.

Kemudian konvoi terus bergerak ke Fraser’s Hill menggunakan laluan Batang Kali. Setibanya di pekan tersebut, konvoi memutuskan untuk berhenti sarapan. Walaupun jam menunjukkan pukul 11.15 pagi tidak menghalangkan kesemua peserta untuk mengisi perut yang kosong, memandangkan perjalanan ke Fraser’s Hill yang masih jauh. Perjalanan melalui empangan Kuala Kubu Bahru begitu mengujakan dan pemandangannya sungguh menarik. Sekali lagi tahap konsentrasi dan fokus pada tahap tertinggi diterapkan pada setiap peserta di sepanjang perjalanan ini.

Tepat jam 12.45 tengahari, konvoi sampai di checkpoint kedua iaitu Menara Jam Puncak Faser’s Hill. Suasana dingin mengalu-ngalukan kehadiran peserta. Lebih kurang setengah jam selepas itu, konvoi bersedia untuk menuruni puncak dan menghala ke Raub untuk makan tengahari di sana. Perjalanan menuruni Fraser’s Hill haruslah dilalui dengan berhati-hati memandangkan jalan tersebut penuh dengan selekoh tajam dan berlumut. Dalam perjalanan turun ini, ada sedikit masalah yang terjadi di mana salah seorang peserta mengalami kebocoran pada tayar belakang motosikal.

Kesemua peserta meneruskan perjalanan dan hanya pasukan penyelamat yang tinggal bagi menyelesaikan permasalahan tersebut. Konvoi utama sampai di kedai makan yang sudah ditempahkan di pekan Raub iaitu Kedai Makan Tasik. Manakala pasukan penyelamat sampai lebih kurang sejam selepas itu. Peserta dijamu dengan menu istimewa masakan Pahang iaitu ikan Patin Masak Lemak Tempoyak.

Selesai menjamu selera, konvoi bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan ke masjid Sungai Koyan untuk melaksanakan kewajipan sebagai umat islam.

Pada jam 5.30 petang, konvoi bergerak ke Cameron Highlands melalui laluan Ringlet. Jauh perjalanan luas pemandangan itulah ungkapan yang dizahirkan ketika melalui jalan tersebut. Gunung ganang menghiasi sepanjang perjalanan. Betapa indah dan cantik kurniaan tuhan kepada manusia.

Konvoi tiba di homestay pada lewat petang lebih kurang jam 7.30 malam. Keletihan jelas terlihat di wajah peserta selepas menunggang motosikal hampir 12jam. Keadaan homestay yang bersih dan selesa membuat peserta merasa lega dan berpuas hati di atas pemilihan homestay Desa Anthurium Apartment. Selesai konvoi untuk hari pertama.

11 Mac 2022 Lokasi : Homestay Desa Anthurium Apartment Tanah Rata Cameron Highlands

Jam 7.30 pagi. Peserta sudah bersiap dan berkemas untuk meneruskan perjalanan yang dijangkakan akan sampai pada malam hari. Penyelaras Projek memberi taklimat sekali lagi mengenai perjalanan hari kedua khususnya peringatan tentang hal keselamatan dan penumpuan apabila menunggang dalam tempoh yang lama.

Lokasi yang dipilih ialah Kebun teh, Sungai Palas yang memberikan suasana tenang dan lapang manakala perjalanan menyusuri ladang teh yang menghijau cukup mengujakan peserta. Setibanya di lokasi, tanpa melengahkan masa peserta mengambil gambar sebagai bukti kejayaan menawan Checkpoint 3. Setengah jam kemudian barulah konvoi bergerak ke stesen minyak di persimpangan Lojing/Gua Musang untuk menambah petrol.

Perjalanan diteruskan menghala ke Gua Musang/Jeli. Dengan matahari semakin meninggi, bahang panas kian terasa membuatkan peserta terasa sedikit penat dan tercabar ketika melalui laluan ini. Pada jam 12 tenghari, para peserta berhenti untuk makan tengahari di kedai makan Talapia/Patin di Kampung Kundur di Gua Musang. Mereka kembali memulas pendikit dan berarak ke Jeli untuk ke RnR Banjaran Titiwangsa. Pada jam 3.30 petang, konvoi tiba di Checkpoint 4.

Jam 4.30 petang. Cabaran diteruskan dengan semangat yang kental. Kali ini melalui laluan Baling/Grik. Sedikit keterujaan dan menyeronokkan hati apabila melihat sekumpulan gajah di tepi lebuhraya.

Cuaca yang panas masih mengiringi konvoi. Tanda tanda awan akan redup dan mendung langsung tidak kelihatan. Badan penat... mata juga berat tapi fokus tetap memain peranan utama. Syukurlah, tiada kejadian yang tak diingini terjadi, masing-masing cukup semangat dan berdisiplin. Konvoi berhenti di Kupang untuk mengisi bahan api dan melepaskan lelah.

Jam 6.00 petang, konvoi bergerak kembali menghala ke Gurun, Kedah untuk keluar ke lebuhraya demi menjamin keselamatan para peserta memandang malam hampir menjelma. Konvoi selamat tiba di R&R Gurun pada jam 7.20 malam. Para peserta berhenti sekejap sahaja dan terus bergerak ke Utan Aji, Perlis. Homestay Sofikha studio yang terletak di Perlis menjadi pilihan untuk beristirehat di hari kedua ini.

Konvoi tiba jam 9.00 malam dan dijamukan makan malam yang disediakan oleh pihak pengurusan homestay. Selepas menyusuri perjalanan yang panjang, mencabar dan cukup memenatkan, semua peserta tidur awal!

12 Mac 2022. Lokasi: Homestay Sofikha studio Utan Aji Perlis

Setelah memperolehi rehat dan tidur yang cukup, peserta ternyata sudah kembali segar dan selesa pada pagi ini. Seperti biasa, taklimat ringkas akan diberikan. Konvoi bergerak ke Maahad Tahfiz Watarbiah ibni Kasir Kampung Sentua untuk majlis penyerahan sumbangan daripada VEXCOM.

Para peserta konvoi dijamukan sarapan yang disediakan oleh Maahad Tahfiz sebaik sahaja selesai program tersebut. Hentian seterusnya ialah kw destinasi popular Perlis iaitu di Wang Kelian View Point. Perjalanan selama 45 minit dijamu dengan pemandangan sawah padi yang menghijau luas, memang cantik negara kita ini.

Ketika di Wang Kelian View Point, para peserta harus mendaki pada jarak sekitar 100 meter untuk ke tapak tarikan dan di sinilah saat yang ditunggu-tunggu. Alhamdulilah selesai sudah misi CABARAN MENAWAN 5 PUNCAK yang dianjurkan oleh VEXCOM. Terpapar wajah kepuasan dengan pencapaian yang dicapai oleh peserta. Gelak tawa mengiringi keseronokan para peserta, hilang terus penat. Peserta mengambil masa selama sejam untuk bergambar kenangan dengan keceriaan atas kejayaan ini.

Di puncak ini juga para peserta mula mengaturkan perjalanan pulang masing masing. Ada yang ingin berehat dahulu dan ada juga yang ingin terus pulang ke rumah. Diharap jika ada lagi kembara yang dianjurkan dapatlah peserta bersama-sama kembali mengharungi cabaran bersama di masa akan datang. RR

VEXCOM FOR ALL!!!

Mohd Faisal Hj Zakaria
Naib Presiden VEXCOM

Isu Pada

Mei 2022

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Kembara Sampai ke Boten

Ride Sri Lanka - Berbelit Jalan Serta Lidah Nak Menyebutnya...

Kuching, Sarawak, Malaysia - Pontianak, Indonesia: 1000km Loop (Bahagian Akhir)

Kuching Sarawak Malaysia - Pontianak Indonesia: 1000km Loop (Bahagian 1)

Sabah 360 Ride 1,800KM Loop (Bahagian II)

Ride Berdua ke Siam

Sabah 360 Ride 1,800km Loop (Bahagian 1)

Ride Ihya Ramadhan TM Bikers Ke Gua Musang, Kelantan

Disyorkan untuk anda
Model Baru

EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

Moto Morini telah melancarkan Alltrhike 450 baru di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2024

Model Baru

EICMA 2024: Fantic Caballero 700 Edisi Khas - Deluxe & Travel

EICMA, Fantic Caballero 700 baru telah diiperkenalkan dalam dua edisi khas iaitu Deluxe dan Travel.

Model Baru

EICMA 2024: Honda Perkenalkan CL500, Jentera Retro Moden

Model baru ini menyasarkan para peminat dua roda muda yang mementingkan gaya retro dengan spesifikasi moden.

Model Baru

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R.