Isu Terkini

Julai 2024

Kembara / 10 Jun 2015

Jelajah Solo Di Thailand Bersama BENELLI TNT 600

Perjalanan hari pertama pada 10 Februari 2015 bermula dari Senawang, Negeri Sembilan ke Bukit Kayu Hitam. Tunggangan waktu malam dipilih untuk mengelakkan cuaca panas dan kurang kenderaan serta memudahkan urusan imigresen di sempadan pada waktu pagi.

Selepas menukar mata wang saya terus ke Songkla melalui lebuhraya 414. Saya tiba di jeti Donsak pada jam 2.00 petang. Tiket pergi dan balik ke Koh Samui termasuk motosikal lebih kurang 550baht sahaja. Saya menginap di Bear’s House, Lamai Beach. Perjalanan hari pertama ini lebih kurang 1,000 kilometer. Memang memenatkan tetapi saya cukup puas. Pada sebelah malam, saya berkesempatan meronda-ronda melihat suasana meriah di sini terutamanya di night market dan restoran - memang happening beb.

Suasana, binaan bangunan dan suhu di Loei ini mirip negara-negara di Eropah.
Suasana, binaan bangunan dan suhu di Loei ini mirip negara-negara di Eropah.

11/2/2015
Jalan di Pulau Koh Samui agak sibuk dan selepas makan tengahari saya terus ke jeti untuk kembali ke tanah besar. Memandangkan banyak kenderaan besar dan keadaan trafik agak sesak, saya membuat keputusan untuk menunggang pada waktu malam untuk mengurangkan risiko kemalangan.

Selepas berehat hampir tiga jam, saya kembali meneruskan pengembaraan ke Chumphon bermula pada 8.30 malam. Dengan bantuan sistem GPS dan keyakinan diri, saya akhirnya tiba ke destinasi lebih kurang dua jam kemudian.

12/2/2015
Perjalanan diteruskan ke Pachuap Khiri Khan melalui Lebuhraya 4 dan terus ke Samut Songhram (Lebuhraya AH2) dan berjaya memasuki bandaraya Bangkok pada jam 4.00 pagi. Sungguh indah jalan di sini tambahan cuaca sejuk. Highway di sini empat lorong tetapi malangnya saya kena saman sebab motosikal tidak dibenarkan melalui di kawasan-kawasan tertentu.

Dari Samut Prakan saya terus ke Chan Buri menuju ke Pattaya Beach. Memang sibuk betul di sini, seawal jam 5.00 pagi sudah banyak kenderaan, kalau peak hour lagi teruklah. Jarak perjalanan hari ini hampir 900 kilometer. Sepanjang bergelar penunggang motosikal, saya katakan...memang break record lah ride dua hari ini.

Stesen keretapi di Kanchanaburi.
Stesen keretapi di Kanchanaburi.

Semasa di Sea Star Guest House, saya terjumpa pula dengan sahabat dari Malaysia. “Kita tidur dan rehat dulu, malam nanti ada bike week,” katanya. Pada jam 6.00 petang, saya dan rakan-rakan ke Pattaya Bike Week.Terbaiklah! Banyak Harley Davidson dan aktiviti yang dianjurkan di sini memang hebat. Ada konsert, bike stunt, penjualan pelbagai jenis aksesori motosikal, pakaian, pameran motosikal custom dan macam-macam lah. Selepas puas meronda dan membeli sedikit cenderahati, kami balik ke hotel pada jam 10 malam. Perjalanan esok pagi memang jauh, jadi kena rehat cukup-cukup...motor pun kena rehat juga.

Benelli TnT300 yang diubahsuai menjadi Cafe Racer di pusat pameran Benelli Thailand.
Benelli TnT300 yang diubahsuai menjadi Cafe Racer di pusat pameran Benelli Thailand.

13/2/2015
Setelah bergambar kenangan di Pattaya Beach, saya terus memacu Benelli TnT600 ini ke Chaco Eng Sao dengan menggunakan Lebuhraya 36-331-304-319 ke Prachinburi. Sebaik sahaja ingin menyambung perjalanan ke Nakhon Ratchasima, hujan turun dengan selebat-lebatnya.

Perjalanan diteruskan ke Khon Kaen menuju ke Nong Bua Lam Phu melalui Lebuhraya 210. Jam menunjukkan sudah menghampiri pukul tujuh, saya kena lebih berhati-hati kerana jalan di sini agak sempit manakala lori pun banyak. Kebanyakan kenderaan besar di sini membawa hasil tebu untuk diproses di kilang-kilang berhampiran. Di sini sememangnya kawasan industri tebu – memang sangat luas.

Selepas itu bermulalah jalan-jalan di kawasan pergunungan menuju ke Loei. Suhu semakin lama semakin menurun hingga ke paras 20 darjah Celsius, memang terasa sejuknya. Selepas menunggang sejauh 600 kilometer, saya akhirnya tiba ke destinasi, Loei Orchid Hotel pada jam 9.00 malam.

Cenderahati berupa kincir angin ini memang banyak dijual di pusat pelancongan di Loei.
Cenderahati berupa kincir angin ini memang banyak dijual di pusat pelancongan di Loei.

14/2/2015
Hari ini saya merancang untuk menikmati keindahan Loei, sebuah kawasan pergunungan yang sungguh segar dan cantik. Terdapat banyak resort kecil yang dihias dengan begitu kreatif, membuatkan mata kita sejuk memandangnya. Inilah yang perlu dilakukan di Malaysia agar destinasi pelancongan kita lebih cantik agar mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Mesin ATM ini memang cukup cantik dan menarik!
Mesin ATM ini memang cukup cantik dan menarik!

Jam 10.30 pagi saya berhenti di stesen minyak untuk mengisi perut Benelli dan perut saya sekali. Suhu di sini memang sejuk, sekitar 17darjah Celsius yang memberikan lebih semangat dan keupayaan untuk meneruskan perjalanan. Benelli terus menghamburkan kuasanya ke Phu Ruea National Park untuk saya bergambar kenangan. Saya amat mengsyorkan agar jangan lupa mengambil gambar di sini kerana lanskapnya sungguh indah. Memang destinasi yang sangat sesuai untuk menenangkan jiwa dan merehatkan minda.

Jambatan ini menyimpan 1001 kisah sejarah silam.
Jambatan ini menyimpan 1001 kisah sejarah silam.

Apa yang cukup unik di sini ialah terdapat resort dan tempat penginapan yang dibina dengan konsep kincir angin (windmills) yang memang sangat cantik. Sudah lah udara yang sejuk....rasa macam di Belanda pula! Usaha yang dilakukan untuk memajukan industri tempatan di sini sememangnya patut menerima pujian dan boleh dijadikan contoh terbaik buat kita di Malaysia.

Menaiki feri ke Koh Samui, antara destinasi pelancongan paling popular di Thailand.
Menaiki feri ke Koh Samui, antara destinasi pelancongan paling popular di Thailand.

Dari sini, saya ke Nam Nao National Park melalui Jalan 12. Keadaan jalan di sini memang cantik, baik dan amat sesuai untuk bermotosikal tambahan pula cuacanya yang sejuk. Ia bagaikan mengembara di negara Eropah dan saya cukup terpesona melihat keindahan alam semulajadi di sini sehingga perjalanan yang sejauh 400 kilometer bagaikan tidak terasa. Lewat petang baru saya pulang semula ke bandar Loei untuk berehat menunggu rakan-rakan dari Benelli Malaysia.

Perjalanan dari Laos ke Boten, China bersama rakan-rakan telah disiarkan dalam majalah RR isu April 2015.

Pelbagai jenis lanskap menarik dihasilkan untuk menarik perhatian para pelancong.
Pelbagai jenis lanskap menarik dihasilkan untuk menarik perhatian para pelancong.

20/2/2015
Selepas berpisah dengan rakan-rakan dari Malaysia saya menuju ke Doi Pha Hom Pok National Park yang terkenal sebagai tempat yang mempunyai banyak tanaman sayuran yang diusahakan secara komersil terutamanya ladang bawang putih. Selepas melawat Pha Dang National Park, saya tiba di bandar Chiang Mai pada jam 6.00 petang. Jarak perjalanan hari ini adalah 200 kilometer sahaja dan posisi menunggang TnT600 yang selesa ini membantu perjalanan menjadi lebih bererti.

21/2/2015
Hari ini saya sempat melawat Zoo Chiang Mai, memang besar kawasannya, lengkap dengan akuarium pula tu. Selain menawarkan keindahan flora dan fauna, Chiang Mai terkenal dengan universitinya sebagai gedung ilmu untuk golongan muda dan ia terletak berhampiran dengan kawasan Zoo dengan tujuan untuk memudahkan para pelajar beriadah pada hujung-hujung minggu. Benelli Chiang Mai juga turut dikunjungi untuk melihat keluaran terbaru model Benelli di negara gajah putih ini.

Industri pelancongan di Thailand sedang pesat membangun.
Industri pelancongan di Thailand sedang pesat membangun.

Jam 4.00 petang, saya terus ke Lampun melalui Lebuhraya 11 untuk menuju ke bandar lain seperti Tak, Kamphaeng Phet, Nakhon Sawan, Uthai Thani dan Singburi sebelum sampai di Kanchanaburi yang mengambil masa lebih kurang empat jam perjalanan dengan jarak perjalanan lebih kurang 800 kilometer.

Suasana kemeriahan di Pattaya Bike Week.
Suasana kemeriahan di Pattaya Bike Week.

22/2/2015
Pengembaraan hari ini agak unik. Benelli direhatkan selepas beberapa hari 'bekerja keras'. Hari ini saya membuat keputusan untuk menaiki keretapi dari Stesen Kanchanaburi menuju ke Namtok untuk melawat landasan keretapi terkenal River Kwai dan Jambatan Thamkrasae. Memang berbaloi.... Pemandangan di sini sungguh memukau! Landasan keretapi ini terletak di antara bukit, sungai dan destinasi ini sememangnya amat popular di kalangan pelancong luar.

Hati jadi tenang bila berada di kawasan hijau sebegini.
Hati jadi tenang bila berada di kawasan hijau sebegini.

Banyak hotel dan outdoor game disediakan di sini. Lanskap juga dijaga rapi. Sepanjang menaiki keretapi ini saya dapat melihat banyak kawasan yang membuat tanaman komersil seperti padi, tebu, jagung dan ubi kayu. Pengembaraan bermula dari pagi sampai ke petang....memang best! Jam 5.00 petang saya kembali semula ke bandar Kanchanaburi dan kali ini meneruskan aktiviti hari ini dengan melawat Muzium Perang yang mengenangkan kisah pembinaan landasan keretapi maut dalam Perang Dunia Kedua dan Kanchanaburi War Cemetery.

Jentera Benelli pasti menarik perhatian di mana sahaja.
Jentera Benelli pasti menarik perhatian di mana sahaja.

23/2/2015
Sedar tak sedar, pengembaraan saya sudah hampir dua minggu tetapi ternyata ia masih tidak mencukupi kerana negara ini memang luas dan sangat cantik. Setelah memeriksa keadaan motosikal, saya bergerak menuju ke Nakhon Pathom melalui Lebuhraya 323 kemudian Lebuhraya Ratchaburi 4 untuk menuju ke Cha Am Beach. Setelah puas melihat keindahan pantai di sini, saya terus ke Hua Hin. Oleh kerana masih awal, saya mengambil peluang untuk menikmati keindahan negara ini dengan melihat matahari tenggelam di pantai Hua Hin. Saya juga berkesempatan melawat Hua Hin Jungle Water Park yang terletak dua kilometer dari kawasan pantai.

Pantai Hua Hin cantik dan bersih.
Pantai Hua Hin cantik dan bersih.

24/2/2015
Seawal jam 6.00 pagi saya sudah keluar dari bandar Hua Hin menuju ke Chuphom, terus memasuki Phattalung dan berhenti di bandar Hatyai untuk makan tengahari. Di Danok sempat berehat kerana perjalanan hari ini agak jauh iaitu lebih kurang 800 kilometer. Saya berehat sehari di sini untuk menghilangkan penat lelah dalam kembara solo yang sudah mencecah dua minggu lebih.

Sudahlah juadahnya sedap, pemandangannya pula cukup indah! Memang seronok!
Sudahlah juadahnya sedap, pemandangannya pula cukup indah! Memang seronok!

25/2/2015
Ini merupakan hari terakhir saya di Thailand dan saya keluar dari Danok lebih kurang jam 6.30 petang untuk menuju ke sempadan imigresen Malaysia dan berhenti di Jitra. Saya selamat sampai di rumah pada jam 2.00 pagi.

Penulis bergambar di atas Landasan Keretapi Maut.
Penulis bergambar di atas Landasan Keretapi Maut.

Dengan jarak perjalanan hampir 6,000 kilometer, saya ternyata menimba beribu kenangan indah dan pengalaman yang amat bernilai. Terima kasih diucapkan pada En. Zul dari Bandar Tasik Puteri yang banyak memberi tunjuk ajar untuk pengembaraan ini, tidak lupa juga kepada En.Hadi Husien semasa ride di Laos dan En. Ahmad Gorden dari Benelli Malaysia. Tanpa kalian mungkin impian untuk melaksanakan perjalanan ini tidak tercapai. RR

Oleh: Dino RK6.

Kanchanaburi, tanah yang kaya dengan tanaman jagung dan tebu.
Kanchanaburi, tanah yang kaya dengan tanaman jagung dan tebu.
Isu Pada

Jun 2015

Popular

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

  • Warta Roda

    Honda BigWing Melaka Dibuka Secara Rasmi

Artikel berkaitan

Kembara Sampai ke Boten

Ride Sri Lanka - Berbelit Jalan Serta Lidah Nak Menyebutnya...

Kuching, Sarawak, Malaysia - Pontianak, Indonesia: 1000km Loop (Bahagian Akhir)

Kuching Sarawak Malaysia - Pontianak Indonesia: 1000km Loop (Bahagian 1)

Sabah 360 Ride 1,800KM Loop (Bahagian II)

Ride Berdua ke Siam

Sabah 360 Ride 1,800km Loop (Bahagian 1)

Ride Ihya Ramadhan TM Bikers Ke Gua Musang, Kelantan

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Pelumba Negara Tampilkan Aksi Memberangsangkan

Tahniah buat para pelumba muda negara telah mempamerkan aksi yang cukup hebat dalam saingan FIM MiniGP World Finals.

EICMA 2024: Skuter Adventure Maksi Pertama Dari KYMCO!

Kymco memperkenalkan skuter pengembaraan maxi pertamanya di EICMA.

Model Baru

Ducati Panigale V4 2025 Kini Di Malaysia - Harga Asas RM182,900

Ducati Malaysia telah melancarkan Panigale V4 generasi terbaru sempena dengan perasmian pembukaan Ducati Sungai Buloh.

Dari Litar

Qabil Irfan Raih Podium Di Sepanyol

Qabil Irfan menunjukkan prestasi cemerlang di Spanish Superbike Championship Moto4 Round 6 yang berlangsung di Litar Navara, Sepanyol.