Isu Terkini

Julai 2024

Kembara / 20 Mac 2021

Honda Fame Road Runner Pitstop Hunter: Ride To Cameron Highlands

Perjalanan Solo saya bermula dari Melaka mengambil masa 5 jam 30 minit pada jarak sejauh 329 kilometer dengan menaiki jentera Honda Fame C90. Cameron Highlands atau dikenali Tanah Tinggi merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan di Pahang. Cameron Highlands terletak di bahagian Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia. Ketinggiannya berubah-ubah mengikut lokasi di antara 1,070 meter sehingga 2,031 meter dari paras laut. Justeru itulah sebabnya ia menjadi pilihan untuk perjalanan kali ini.

Sebelum itu, saya ceritakan dulu kisah Honda Fame ini. Saya membelinya di Taiping pada tahun 2016 – bawa balik ke rumah 'sumbat' dalam kereta sahaja. Dalam geran motor tu tertera ia adalah model 1985, maka umurnya kini sudah 36 tahun. Masa saya beli, keadaannya sangat teruk tetapi saya memang minat. Saya mengumpul semula komponen secara perlahan-lahan dan kawan-kawan dari 'Kroni Kapcai Melaka' yang banyak membantu kerana berkongsi minat yang sama. Saya pernah ditanya kenapa minat dengan Honda Fame ini, saya pun tak tahu nak jawab apa.

Ok, kembali ke konvoi solo. Sebelum sampai ke Cameron Highlands dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), saya singgah sebentar di Route A10 Tapah (Kustom Cafe) untuk membasahkan tekak dan berehat seketika. Terdapat Monumen KM0 di hadapan Pejabat Pos Malaysia di sini. Perjalanan kemudiannya diteruskan ke Cameron Highlands melalui Jalan Tapah yang penuh dengan selekoh bahaya dan mencabar. Saya cukup bangga apabila dapat menikmati perjalanan dan pemandangan yang cantik dengan menunggang sebuah jentera yang dikira cukup berusia.

Sebelum tahun 1990 dulu, laluan tunggal untuk ke Cameron Highlands adalah melalui jalan FT59 yang bermula di Tapah, Perak dan disambung kepada Lebuhraya Utara-Selatan melalui persimpangan Tapah (EXIT 132). Ini merupakan laluan terawal yang dibina bagi menghubungkan Cameron Highlands dengan negeri Perak.

Mujur sampai sahaja di Cameron Highlands misi mencari monumen-monumen dan melawati tempat-tempat menarik diteruskan. Antaranya ialah Mercu Papan Tanda Batu 'Selamat Datang' Cameron Highlands, Pasar Malam Brincang dan Ladang Teh Sungai Palas. Pitstop yang sempat disinggah adalah Route 59 Tanah Rata, Cameron Highlands atau popular dengan nama Tanah Rata Cafe dan Pitstop Route 59 Tapah, Restoran Melayu. Suhu yang sejuk memberi keselesaan menunggang.

Di sebelah malam pula, saya berkunjung ke pasar malam Brincang. Memang best dan sejuk..... Saya belilah makanan ringan seperti ubi dan kacang rebus untuk kudapan di hotel nanti. Memang ada dijual bermacam-macam jenis makanan yang lazat. Ramai juga pengunjung pada malam itu.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu saya semasa perjalanan pulang. Kembara Ride Solo kali ini menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan dan serba sedikit dapatlah dikongsi untuk tatapan pembaca RR semua. Hingga berjumpa lagi di destinasi berikutnya. Follow IG: hondafameroadrunner #hondafameroadrunnerpitstophunter #naikfameaje. RR

- Oll Scoll

Isu Pada

Mac 2021

Popular

  • Warta Roda

    Honda RS150R Tiba Dengan Warna Baru

  • Model Baru

    EICMA 2024: Moto Morini Alltrhike 450: Makin Meriah Segmen Kembara

  • Warta Roda

    Cikgu Pencen Ubahsuai Motosikal Untuk Bersihkan Kampung

  • Dari Litar

    Honda HRC - Repsol: Penghujung Suatu Era

  • Dari Litar

    Jorge Martin Cipta Sejarah, Pelumba Pasukan Satelit Pertama Jadi Juara MotoGP!

Artikel berkaitan

Kembara Sampai ke Boten

Ride Sri Lanka - Berbelit Jalan Serta Lidah Nak Menyebutnya...

Kuching, Sarawak, Malaysia - Pontianak, Indonesia: 1000km Loop (Bahagian Akhir)

Kuching Sarawak Malaysia - Pontianak Indonesia: 1000km Loop (Bahagian 1)

Sabah 360 Ride 1,800KM Loop (Bahagian II)

Ride Berdua ke Siam

Sabah 360 Ride 1,800km Loop (Bahagian 1)

Ride Ihya Ramadhan TM Bikers Ke Gua Musang, Kelantan

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

RXZ Twin Boss V2 Oleh FNG Works Akan Dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024 di Jepun!

RXZ Twin Boss V2 yang menang di AOS2024 dalam pertandingan Art Of Speed Invitational Bike Build Off akan dipamerkan di Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.

Model Baru

EICMA 2024: Aprilia Tuono 457 - Jentera Jalanan Ada Aura

Aprilia kini memperkenalkan pula model jalanan paling baru iaitu Tuono 457.

Warta Roda

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM)bekerjasama dengan Dania Garage dala menganjurkan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'.

Model Baru

Aprilia RS457 Dilancarkan. Harga dari RM33,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah melancarkan model 'superbike' terbaru iaitu Aprilia RS457.